Melayu dan Bulan

Aduhai bangsaku...
ada di antara kita masih di dalam angan-angan..
seperti kata pepatah melayu..
MENGHARAP BULAN JATUH KE RIBA
sehingga hari ini tidak ada siapa pun
yang sudah meriba bulan..
tapi mengibar bulan terlalu banyak

Kesian bangsaku..
La ni pun tengah dok gawat..
keluarlah risalah doa
supaya bangsaku tertutup matanya
tak nampak apa-apa
katanya biar nampak bulan aje..
kenapa jadi begini..
sepatutnya bangsaku membuka mata
melihat kejayaan bangsa lain di dunia
tiru kejayaan mereka..
kalau tak di dunia
di sekeliling kita pun cukup
berapa ramai orang melayu jadi usahawan
berapa ramai melayu mencapai kecemerlangan dalam akademik
berapa ramai orang melayu memiliki rumah teres
berapa ramai orang melayu duduk di kondominium
tapi yang aku nampak
anak melayu ramai berdemonstrasi di jalanan
orang melayu melalak ke hulu ke hilir di muncung microphone
kata kerajaan tak adil
kata kerajaan korup
kata kerajaan membazir duit rakyat
tapi mereka tak sedar
jeritan Allahu Akbar di setiap ceramah
mereka sendiri tak tahu maksud Allahu Akbar
Kesiannya bangsa ku

Aku sedih dengan bangsa ku..
kalau PM dengan agenda yang belum selesainya..
tapi ada jugak kaum yang tak selesai
dengan umpat keji.. maki hamun.. memfitnah..
berbohong dan merapu
ada kata nak lelong Putra Jaya
ada kata nak bawa keluar Perlis
kalau kerajaan membazir..
kenapa semasa Stadium Merdeka dibina
tak ada tukang lalak
kenapa semasa lebuhraya dibina
tak ada yang tukang bising
semuanya kemudahan..
nampaknya mereka ni tak perlukan kemudahan
tapi mereka sangat mudah
memejam mata mensyukuri nikmat kemakmuran
mereka sangat mudah
mengata orang kerajaan tak betul
mereka ingat mereka tu betul
cakap berdegar-degar..ekor bergelumang tahi

Malunya aku dengan bangsaku
anak bangsa lain berusaha mencari ilmu
bila keluar dapat gaji lumayan
tapi anak bangsaku
berusaha meruntuhkan gedung ilmu
ke menara gading belajar
macammana nak reformasi
kerana pensyarah pun dapat ilmu spontan
pelajar sekolah pun sanggup dibeli
dibayar untuk demonstrasi
malunya aku kepada bangsa lain...

Kecewanya aku
bila bangsaku menjadi pengkhianat
bersifat talam dua muka
kalau dulu dapat kemewahan
kerana di sogok orang berkuasa
kini orang dah tak berkuasa
mereka bertindak menentang kerajaan
sedangkan hasil kantung mereka
dari usaha kerajaan yang memberi peluang
sebenarnya mereka kecewa...
orang yang diharapkan dah tak ada..
dimana mereka nak mencari kekayaan lagi
dimana mereka nak mencari tuan kroni lagi
sebenarnya mereka tamak

Kecewa juga aku
bila ku lihat ramai manusia tamak
tamak nak jadi PM
tamak nak memerintah
kalau kail panjang sejengkal tak dapat ikan jerung
inilah manusia yang tidak reti bersyukur
inilah manusia robot yang tidak kenal erti budi bahasa
inilah manusia yang telah hilang tamadun kemelayuannya.

Kesiannya aku pada bangsaku...