Sepintas Lalu Sepintas Lalu

PAS mengamalkan budaya biadap

Sebab-sebabnya ialah...
1. apabila UMNO membuat ceramah, mereka bertempik bagai gajah liar, mengemboo bagai kerbau gila sehingga mengganggu majlis. Tapi, orang UMNO tidak pernah mengganggu majlis mereka

2. Nik Aziz kata Tuhan juga mencarut.. begitu rendahnya peribadi seorang tok guru yang merendahkan martabat dan sifat kemuliaan ALLAH. Sepatutnya kita harus menghormati ALLAH.. agaknya tok guru ni belum mendalami sifat 20

3. Sikap Dato' Harun Din, dulu dia ni terror tentang Islam, tetapi satu perkara yang sudah di ketepikan iaitu menyuruh Dato'Seri Anwar Ibrahim bersumpah menjunjung Al-Quran supaya memberi pengakuan benar atau tak benar ia melakukan kemungkaran. Rasa-rasanya Dato' Harun Din dah terlupa bab ini. Dia ada kata di suatu subuh selepas ia bersembahyang dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, ia meletakkan tangannya ke dada Anwar dan memandang ke mata Anwar.. dari renungannya ia nampak Anwar tak bersalah. Sepatutnya Dato' Harun Din menghulurkan Al-Quran supaya Anwar mengaku

4. Dato' Hassan Ali seorang penceramah yang terror.. tetapi telah meletakkan dirinya ke kancah perjuangan yang songsang. Mungkin kerana ia kecewa kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat jadi Perdana Menteri, maka dia pun tidak dapat menjadi Menteri Tak Berpidato (Tak Berfotpolio).

5. Putra Jaya nak di lelong.. cerita melucukan.. nanti bila dah di lelong, mereka gunakan duit itu untuk belanja berceramah di sana sini. Tentang hal urusan pentadbiran negara boleh diuruskan di kedai kopi kerana kalau Putra Jaya di lelong, kalau mereka nak gunakan tempat tu kena menyewa tempat berkenaan. Kalau dah tak ada tempat lain, mungkin di kedai kopi.. atau di masjid dan surau di mana satu masa dulu ia sebagai markas memaki hamun kerajaan

6. Perlis nak di keluarkan dari Malaysia jika PAS menang dan tidak dapat peruntukan dari Kerajaan Pusat...nampaknya siapa yang memiliki isteri atau suami orang Perlis bermakna mereka tu beristeri dan bersuamikan pendatang haram.. ada canlah kahwin lain kerana mereka bukan warganegara Malaysia lagi.

7. Pesara yang tidak pernah berterima kasih.. betapa kesalnya saya melihat bahawa kerajaan masih membiayai pesara-pesara yang mana mereka ni banyak yang menentang kerajaan. Kalau betullah.. tulis surat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pencen dan nyatakan seperi berikut .. "Sila hentikan bayaran pencen saya, kerana saya tidak menyokong kerajaan lagi". Rakyat Malaysia sepatutnya kutuk mereka kerana sumber rezeki yang mereka perolehi adalah titik peluh rakyat yang masih setia membayar cukai kepada kerajaan.

Lain-lain maklumat yang perlu anda ketahui:

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah di sepak oleh seorang hamba Allah di hadapan Kaabah, semasa beliau mengerjakan umrah bersama Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali dan Shamsidar Tahrin. Tentu semua maklum jika perkara ini berlaku di depan Kaabah tentu ada sebab musababnya. Hanya Allah yang mengetahuinya. Nauzzubillahi minzalik.

2. Datin Seri Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai dari Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pertama kali Dato' Seri Dr Mahathir telah menasihatkan Datin Seri Wan Azizah agar tidak meneruskannya. Kali kedua oleh Dato' Seri Sanusi Junid dan isteri.

3. Datin Seri Wan Azizah pernah di pukul sehingga lebam oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim setelah Datin Seri Wan Azizah menanyakan kepada ketiga-tiga pemandunya .. benarkah telah berlaku perbuatan ****** oleh Dato' Seri Anwar itu?. Mereka jawab BENAR.

Maklumat seterusnya akan muncul dari masa ke masa.. jangan lupa ikuti selalu