Revolusi Amerika

<bgsound src="everybreath.mid" WIDTH=2 HEIGHT=1 autostart=true loop=true>

PENGENALAN

Negara Amerika Syarikat telah dibentuk secara berperingkat. Pada permulaannya, ia hanya terdiri daripada 13 jajahan yang menentang Britain secara aman, di mana kemudiannya telah melancarkan peperangan untuk mencapai kemerdekaan. Kejayaan yang telah di capai pada tahun 1776 melalui peperangan revolusi terus membawa kepada pengistiharan kemerdekaan.Malangnya, negara muda ini gagal menjalankan pentadbiran dengan cekap dan dengan ini, gagal mendapat penghormatan dari negara-negara luar. Pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat telah berjaya menyediakan satu kerajaan yang cekap.Walaubagaimanapun, pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat telah berjaya menyediakan satu kerajaan yang cekap. Peranan Amerika dalam Peperangan 1812 serta Doktrin Monroe yang diperkenalkan kemudian telah berjaya mengesahkan kerajaan Amerika di mata dunia luar.

FAKTOR POLITIK, EKONOMI & SOSIAL

Pada masa peperangan Perancis dan Indian, askar-askar British dan Amerika bersatu berjuang menentang Perancis. Walaubagaimanapun, 13 tahun kemudian, mereka telah bermusuhan sehingga Amerika melancarkan revolusi dan seterusnya berjaya mendapat kemerdekaan. Kita akan mengkaji apakah faktor-faktor yang telah mendorong perubahan pendirian Amerika dan bagaimana mereka berjaya membentuk sebuah negara yang merdeka.

Salah satu faktor yang mendorong kepada perjuangan pemisahan daripada Britain ini adalah ciri-ciri yang unik dan tersendiri yang ujud pada pendatang-pendatang. Pelbagai faktor yang mendorong kedatangan mereka ke Amerika Syarikat. Antaranya adalah faktor-faktor agama, perkauman dan mencari kekayaan. Ini seringkali menjadi faktor kedatangan pendatang-pendatang ke negara-negara lain di dunia. Mereka yang berpuashati dengan kehidupan di negara asal jarang akan meninggalkannya. Walaupun majoriti pendatang adalah berbangsa Inggeris tetapi terdapat juga pendatang dari kalangan Scotch, Irish, Belanda, Jerman, Swedes, Huegonots (Perancis), Itali dan juga bangsa Yahudi dari pelbagai negara Eropah. Walaupun mempunyai kewarganegaraan, adat dan budaya serta bahasa yang berbeza apa yang menyatukan semangat dan azam mereka adalah usaha mereka meninggalkan negara asal. Mereka ini mempunyai semangat yang kental,tabah serta kuat dari segi fizikal dan mental setelah berjaya mengharungi kesusahan di negara mereka sendiri serta kesukaran dalam proses penghijrahan. Maka, segala kesusahan yang dialami di negara baru dapat dihadapi dengan baik.

Mereka percaya dengan kebebasan berpolitik tetapi jarang bertoleransi dengan kebebasan beragama. Walaubagaimanapun, kemudiannya ujud tolak ansur dalam hal-ehwal keagamaan. Mereka percaya dengan pembangunan pendidikan serta berpegang kepada ciri-ciri moral yang tinggi. Sikap, nilai, dan pegangan ini dikukuhkan oleh keadaan persekitaran mereka. Mereka harus berjuang untuk terus hidup. Contohnya, di New England seorang peneroka harus bekerja kuat kerana keadaan tanah yang keras menyebabkan perlunya jam bekerja yang lebih lama bagi menyuburkan tanah dan tanaman. Di Selatan pula, walaupun tanah sesuai tetapi iklim pula kurang memuaskan. Masalah-masalah yang mereka hadapi ini telah mematangkan mereka.Kedudukan Britin yang sangat jauh, perjalanan yang bahaya dan mengambil masa yang lama iaitu antara enam minggu hingga tiga bulan menyebabkan pihak kolonis merasakan diri mereka telah merdeka apabila mereka sampai ke dunia baru ini.

Pada masa yang sama faktor-faktor ekonomi dan politik juga ada memainkan peranan. Perkembangan ideologi liberal antara 1750an hingga 1850an juga mendorong berlakunya revolusi ini. Di samping itu, akta-akta lain yang berat sebelah yang dipaksakan oleh Britain ke atas rakyat Amerika menyebabkan mereka bertindak menentang British. Dari segi ekonomi, timbul persoalan mengenai perdagangan dan pengeluaran jajahan. Pada akhir abad ke 17, Parlimen telah meluluskan Akta Perdagangan dan kemudiannya Akta Pengeluaran. Akta Perdagangan melarang sebarang jajahan menjual pengeluarannya seperti tembakau, beras, kapas dan kulit kepada mana-mana negara kecuali Britain. Ini bererti pihak pendatang terpaksa menerima harga yang ditawarkan oleh peniaga British walaupun pihak lain mampu menawarkan harga yang lebih tinggi. Satu lagi akta yang diperkenalkan memaksa mereka membeli barangan siap dari Britain sahaja. Sekali lagi, peniaga-peniaga Britain mengaut keuntungan.

Akta Pengeluaran mengharamkan jajahan mengeluarkan mana-mana barang yang dikeluarkan di Britain. Walaubagaimanapun, disebabkan Britain begitu sibuk berperang pada abad ke 17 dan 18, mereka tidak dapat mengawal perdagangan di negara-negara jajahan. Akta ini hanya dikuatkuasakan pada tahun 1760 iaitu selepas Perang Tujuh Tahun. Sebahagian besar kekayaan yang diperolehi oleh mereka yang berpengkalan di New England datang daripada perdagangan dengan Hindia Barat. Kapal-kapal dari New England belayar ke Kepulauan Belanda dan Sepanyol di Hindia Barat dengan barangan seperti ikan, balak, tepung dan gandum. Sebaliknya, mereka menerima "molasses" yang mendapat permintaan yang tinggi di New England. Ia digunakan untuk membuat rum, satu minuman kegemaran pada masa itu. Separuh daripada rum ini dihantar ke Afrika dan ditukarkan dengan hamba abdi. Hamba abdi ini pula, di bawa ke Hindia Barat dan ditukarkan dengan molasses. Molasses ini kemudiannya di bawa ke New England dan dijual untuk membuat rum. Ini juga dikenali sebagai Perdagangan Tiga Segi. Setiap transaksi akan membawa keuntungan. Golongan-golongan penapis rum, pemilik kapal, pedagang hamba abdi terus menjadi kaya. Sudah tentulah, golongan ini yang paling hebat membantah pengenalan undang-undang perdagangan.Selain dari perasaan ingin berdikari dalam hal ehwal perdagangan, pihak pendatang juga mempunyai semangat ingin berdikari dalam bidang ketenteraan. Peperangan kolonial telahpun menyediakan satu pengalaman kepada mereka. Salah satu kejayaan mereka yang paling besar adalah penaklukan Louisburg di Nova Scotia pada tahun 1754 oleh penduduk New England. Kubu itu dikatakan sangat kuat tetapi berjaya dijatuhkan oleh pihak pendatang. Dengan ini, pihak pendatang mula yakin dengan keupayaan mereka dan mula memandang rendah kepada keupayaan askar British.

Walaubagaimanapun, perbezaan paling penting antara penjajah dan pendatang adalah berhubung dengan soal politik dan kerajaan. Di Amerika, rakyat lebih bebas secara keseluruhannya berbanding dengan Britain atau mana-mana negara Eropah. Sebahagian besar rakyat Amerika tidak pernah merasakan sebarang ikatan dengan Britain. Mereka tidak berminat dengan kesukaran yang dihadapi oleh Britain dan tidak bersimpati dengan sebarang masalah yang dihadapi oleh Britain. Tumpuan mereka hanyalah kepada Amerika dan kemajuannya. Walaupun ada pedagang-pedagang kaya yang membuat hubungan dengan England tetapi mereka selalu memihak kepada Amerika. Manakala, rakyat biasa pula tidak membuat sebarang hubungan dengan Britain. Begitulah senarionya di Amerika semasa tamatnya Perang Indian-Perancis.

Perang Perancis-Indian membuktikan kelemahan kerajaan dalam Empayar Britain. Contohnya, Kerajaan Britain tidak boleh memaksa pihak pendatang membantu mereka menentang Perancis di Amerika. Selepas 1760, pihak pendatang langsung tidak memberi perhatian kepada peperangan yang berlaku. Contohnya, terdapat kurang daripada 1000 askar kolonis dalam kor tentera yang dipimpin oleh Jeneral James Wolfe yang berjaya menawan Quebec. Britain gagal mencari jalan mendapatkan wang maupun tenaga manusia daripada pihak pendatang. Britain boleh menuntut tetapi tuntutan ini hanya mampu dilaksanakan seandainya dipersetujui oleh Dewan Perhimpunan Kolonial. Pihak pendatang menekankan hak mereka untuk mengawal hal ehwal mereka tanpa campurtangan dari Britain. Mereka memerlukan nasihat daripada Britain berhubung dengan kewangan bagi perbelanjaan. Walaubagaimanapun, tindakan bersama dan jitu di kalangan pendatang masih belum ujud. Perasaan iri hati dan ingin bersaing masih ujud antara satu sama lain. Pihak Britain memang tidak mengalakkan penyatuan antara negara jajahan (sama seperti alasan yang digunakan oleh Britain di Tanah Melayu bagi memisahkan tiga kaum terbesar di Tanah Melayu) kerana penyatuan ini akan membawa kepada sebuah kesatuan yang akhirnya mampu menentang Britain di masa depan.

Kos perbelanjaan bagi peperangan Perancis-Indian adalah besar. Britain telah menghantar 20 000 ahli tentera mereka ke Amerika. Semua ini membawa kepada perbelanjaan yang besar, di samping Britain menanggung hutang yang besar. Dengan ini, wang harus dikumpulkan bagi membayar hutang ini. Bagi Britain, perjuangan mereka dalam peperangan ini adalah bagi faedah pendatang di Amerika. Oleh itu, mereka sepatutnya membayar hutang Britain. Pihak Britain merasakan pihak koloni harus berkongsi membayar perbelanjaan tentara Britain. Angkatan tentera Britain telah melindungi jajahan-jajahan Amerika, disamping Empayar Britain. Apabila Britain cuba mengenakan cukai bagi mendapatkan sumber kewangan, hubungan antara keduanya mula buruk. Ini dikuti oleh satu revolusi. Walaupun, pihak Britain sebelum ini berjaya mengusir Perancis daripada Kanada, mereka masih bimbang dengan cita-cita Perancis di Amerika Utara. Oleh itu, Amerika Utara harus dilindungi daripada Perancis.Oleh itu, pihak Britain bercadang mengekalkan tenteranya di Amerika dengan kos sebanyak 350 000 paun setahun. Hutang negara Britain pula, pada masa itu berjumlah 130 juta paun dan kadar faedah yang harus di bayar adalah lebihkurang 5 juta paun. Rakyat Britain sudah tentu enggan menanggung beban hutang sebanyak ini.

Pada masa itu, Britain merupakan sebuah negara pengeluar tetapi pengeluarnya menghadapi dua masalah utama. Mereka tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan dengan ini terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dari negara asing. Tambahan pula, kilang-kilang di Britain menghasilkan lebihan pengeluaran yang banyak dan dengan ini memerlukan pasaran di negara luar. Pihak pengeluar merasakan masalah mereka dapat diselesaikan sekiranya Akta Pengeluaran dan Perdagangan di kuatkuasakan di negara-negara jajahan. Di negara-negara jajahan, terdapat banyak bekalan bahan mentah seperti kapas, bulu, kulit yang dapat dijual kepada Britain dan pada masa yang sama membeli barangan keluaran Britain. Dengan ini, masalah Britain dapat diselesaikan.

Pada masa yang sama, ahli politik Britain sedar, sekiranya pengeluar British dapat menjual barangan yang banyak kepada pihak pendatang, maka, Kerajaan Britain dapat mengenakan cukai kepada pengeluar dan pengimport. Melalui pengenaan cukai ini, Britain dapat mengumpul wang membayar hutang mereka. Oleh itu, Parlimen memutuskan di sekitar 1763, ia akan menguatkuasakan Undang-Undang Perdagangan dan Pengeluaran dengan ketat.

Pada masa ini, Raja Britain adalah King George III. Baginda merupakan Raja yang rajin tetapi malangnya tidak pandai membuat keputusan dan kurang bijak memilih penasihat dan pegawai-pegawai yang berkemampuan. Salah seorang penasihatnya adalah George Grenville. Beliau memainkan peranan penting dalam menggerakkan revolusi kerana langkah-langkah kurang bijak yang diperkenalkan.Grenville memutuskan tiga langkah yang harus diambil berhubung dengan negara-negara jajahan di Amerika. Ianya adalah: