SEJARAH
PENUBUHAN
Sekolah Menengah Agama Al-Falah diasaskan dengan kerjasama dari orang-orang
kampung. Dari sini terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk mendirikan sekolah
ini. Derma-derma dikutip daripada orang ramai bertujuan untuk mendirikan
bangunan sekolah. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' Khalid bin Haji
Abdul Rahman dan beberapa ahli jawatankuasa, antaranya ialah Sheikh Omar,
Pak Su Kar, Haji Wan Yahya dan lain-lain.
Melalui sepakat yang padu, jawatankuasa bersetuju membeli sebuah rumah
dari Kampung Patoh, Hulu Kemaman untuk dijadikan sekolah. Setelah rumah
itu dialih, ia dibawa ke tapak sekolah melalui Sungai Kemaman. Perjalanan
melalui sungai ini mengambil masa selama satu hari. Tapak asal sekolah
ini merupakan kawasan hutan paya dan semak samun. |
|
Setelah selesai didirikan semula rumah ini, sekolah ini diberi nama
"Madrasah Al-Falah". Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang
sahaja guru iaitu Ustazah Hajjah Sepiah binti Abas dari Sumatera(Kini berada
di Kuala Terengganu). Sambutan pada peringkat awal adalah sangat menggalakkan
dari kaum ibu menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun pertama,
lebih kurang enam puluh orang murid yang kesemuanya perempuan. Bahasa pengantar
pada masa itu ialah Bahasa Arab.
|
Guru yang pertama merupakan seorang guru yan berpengalaman kerana beliau
pernah bertugas di Pasir Mas, Kelantan. Setelah sebelas tahun berada di
Kelantan, beliau berhajat untuk pulang ke Sumatera tetapi belum sempat
berbuat demikian, beliau bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi. Dr. Burhanuddin
Helmi telah memujuknya supaya tinggal di Terengganu dan mengajar di sini.
Beliau bersetuju untuk mengajar |
dan telah ditempatkan di Madrasah Al-Falah.
Melalui kesedaran yang mendalam di kalangan penduduk terhadap agama, maka
ramailah anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini. Setelah beberapa tahun
sekolah ini ditubuhkan barulah pelajar lelaki diambil belajar di sini.
Ramai di antara bekas pelajar telah berjaya dalam pelajaran dan bertugas
dengan pemerintah.
Perkembangan sekolah ini terus maju ke hadapan dan pada 8 Februari 1944
sekolah ini dibuka dengan rasminya.
Pada hari ini...
Pada hari ini, SMAAK terus menjadi pilihan utama masyarakat Daerah
Kemaman. Setiap tahun beratus- ratus permohonan untuk kemasukan ke tingkatan
satu diterima. Pada tahun ini, SMAAK mempunyai kira- kira 900 orang pelajar
yang terdiri daripada 33 buah kelas dari tingkatan satu hingga ke tingkatan
enam. Terdiri daripada 8 blok yang memuatkan bilik darjah, |
|
perpustakaan,Bilik Sumber, Bilik Tayangan, Makmal
Komputer, Bengkel Kemahiran Hidup, Mussola, Kedai Koperasi, Pejabat Sekolah,
Bilik Kaunseling dan dua buah Bilik Guru. Sebuah Dewan Besar tersergam
indah di kelilingi bangunan-bangunan sekolah. Dewan Besar yang terdiri
daripada 4 buah gelanggang badminton ini boleh menampung kira-kira 1000
orang pelajar.
Pada hari ini, seramai 6 orang guru yang terdiri daripada 30 guru lelaki
dan 38 orang guru wanita berkhidmat di sekolah ini majoritinya adalah guru
Kerajaan Negeri dan selebihnya adalah guru Kementerian Pendidikan.Tenaga
pengajar daripada pelbagai latar belakang pendidikan ini telah menjadi
jentera penggerak utama ke arah membawa kepada kecemerlangan pendidikan
yang selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.
SENARAI PENGETUA
Nama Pengetua
|
Bermula pada
|
Berakhir pada
|
Pn. Sepiah binti Abas |
Tiada dalam rekod |
Tiada dalam rekod |
En. Md Yusof Sadri b.Manaf |
09 Febuari.1944 |
12 April 1948 |
En. Mahmud bin Salim |
13 April 1948 |
25 Ogos 1948 |
En. Ngah bin Ibrahim |
26 Ogos 1948 |
Akhir 1948 |
En. Abdullah bin Abd.Rahman |
Januari 1949 |
14 September.1950 |
Tn Sayyid Taha bin Abu Bakar |
15 September.1950 |
Akhir 1953 |
Tuan Hj. Embong bin Ibrahim |
Januari 1954 |
14 Febuari 1958 |
Tuan Hj. Yahya bin Ismail |
15 Februari 1958 |
Akhir 1960 |
Tuan Hj. Endut bin Muda |
Januari 1961 |
14 Januari 1964 |
En. Md Salleh bin Md. Hassan |
15 Januari 1964 |
16 November 1972 |
En. Omar b.Muda(Pemangku) |
16 November 1972 |
31 Disember 1973 |
En. Wan Yusof bin Nik |
1 Januari 1974 |
31 Disember 1974 |
Tuan Hj. Nik Wan bin Hassan |
1 Januari 1975 |
31 Disember 1978 |
Tuan Hj. Mubin bin Mansor |
1 Januari 1979 |
31 Disember 1981 |
Tuan Hj. Omar bin Muda |
1 Januari 1982 |
15 Julai 1991 |
Tuan Hj. Ibrahim bin Abdullah |
16 Julai 1991 |
15 Julai 1996 |
Tuan Hj. Yusof bin Yatim |
16 Julai 1996 |
1 April 2000 |
Tuan Hj. Ismail bin Awang |
1 April 2000 |
sekarang |
|
|
|
STATISTIK PELAJAR
Sekolah Menengah Agama Al-Falah sehingga September 2000, terdapat seramai
894 orang pelajar dan 66 orang guru. Berikut adalah statistik pelajar dan
kelas mengikut tingkatan sehingga bulan September 2000.
Tingkatan /Jantina
|
Kelas
|
Lelaki
|
Perem
|
Jumlah
|
Tingkatan 1
|
6
|
94
|
130
|
224
|
Tingkatan 2
|
6
|
91
|
123
|
214
|
Tingkatan 3
|
6
|
70
|
106
|
176
|
Tingkatan 4
|
6
|
47
|
94
|
141
|
Tingkatan 5
|
5
|
27
|
82
|
109
|
Ting.6 Ren.
|
1
|
5
|
13
|
18
|
Ting.6 Atas
|
1
|
-
|
12
|
12
|
Jumlah
|
31
|
334
|
560
|
894
|
Bilangan pelajar yang tinggal di asrama sehingga Ogos 2000 adalah seperti
berikut:
Pelajar
|
Lelaki
|
Perempuan
|
Jumlah
|
Tingkatan 1
|
36
|
51
|
87
|
Tingkatan 2
|
34
|
45
|
79
|
Tingkatan 3
|
31
|
47
|
78
|
Tingkatan 4
|
17
|
35
|
52
|
Tingkatan 5
|
7
|
32
|
39
|
Ting. 6 Ren.
|
3
|
9
|
12
|
Ting. 6 Atas
|
-
|
6
|
6
|
Jumlah
|
128
|
225
|
353
|
|| Atas || Sejarah
|| Pengetua || Statistik
Pelajar
|