Assalamualaikum…..

Terima kasih kepada pelawat-pelawat yang sudi melawat

melawat laman Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Adalah diharapkan dapat memberikan komen diruangan yang disediakan. Semoga cadangan yang diberikan dapat memberikan idea kepada saya bagi memperbaiki mutu laman tersebut. Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua SMKSM atas sokongan yang diberikan sehinggalah terhasil laman ini. Begitu juga kepada guru saya, En. Suhaimi, beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan hampir semua sekolah di daerah Mersing ini di mata dunia…Kepada guru-guru sekolah SMKSM yang berminat dalam pembikinan laman web, isyaAllah kalau diizinkan Tuhan saya bersedia memberi ilmu yang saya ada. Kepada teman-teman chatting, selamat berkenalan dengan cikgu Azie, dengan ucapan pergunakan masa dengan sebaik mungkin.

Ingin berkenalan dengan cikgu Azie??? Cikgu Azie atau nama penuhnya Cik Fazidah bt Jamali telah menjalani kehidupan selama 26 tahun. Memulakan kehidupan di daerah Mersing yang penuh dengan kedamaian, mempunyai 5 orang kakak yang tersayang, seorang abang dan adik lelaki. Agak-agaknya dimana kedudukan cikgu ni dalam keluarga….kalau you all pandai mesti dapat teka yang cikgu ni adalah kedua bongsu…. Mengikut jejak langkah ayah yang kini telah berpencen dari bertugas sebagai seorang guru…. Keluarga cikgu la ni….. Ibu tersayang pula seorang suri rumah yang dikagumi. Setelah usia mencapai 7 tahun bersekolah di SR Sawah Datuk. Seterusnya mengikut aliran pendidikan di SMK Mering. Mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad SHAS, Pekan, Pahang. Kelulusan tertinggi hanya setakad Diploma Statistik dari ITM Shah Alam. IsyaAllah, kalau diizinkan ingin melanjutkan ketahap yang lebih tinggi. Pernah bertugas sebagai "Computer Tutor" di Cambridge College,JB selama setahun. Mendapat didikan teknik pengajaran di Maktab Perguruan Teknik Cheras, K.Lumpur. Memulakan kerjaya sebagai seorang guru di sekolah yang dicintai, SMK Sri Mersing.

Itu sahaja yang dapat cikgu ceritakan. Kalau ada kemusykilan, bolehlah hantarkan melalui email. IsyaAllah cikgu akan balas, kalau tak sibuk la….

Cikgu Azie
email address
Photo Kenangan

This page hosted by Logo GeocitiesGet your own Free Home Page

 


This page hosted by Logo GeocitiesGet your own