KLIK HERE FOR INDEX

PERISTIWA 31 OGOS

"Merdeka!Merdeka",lantang suara allahyarham Tunku Abdul Rahman menyuarakan kemerdekaan.Rakyat Malaysia bangga sekali pada hari ini.Di setiap rumah ada terpasang bendera Malaysia yang megah berkibar.

Di depan televisyen,dari tadi Mat Tahir tidak berganjak.Bangun saja dari tidur ,terus dia keruang tamu menonton televisyen.Mat Tahir yang berusia lapan tahun itu gembira sekali melihat perarakan raksasa yang diadakan di Dataran Merdeka.Perarakan itu disertakan dengan pancaragam.Ini menambahkan lagi keasyikan Mat Tahir.

Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.Perut Mat Tahir mula berkeroncong."Lapar pula rasanya",detik hati Mat Tahir."Eh,kemana Mak ni!Ha ni mesti dalam bilik air membasih kain baju!".Mat Tahir berlari ke bilik air mencari emaknya.Sampai dimuka pintu bilik air,"Mak,Tahir laparlah Mak!,"kata Mat Tahir dengan nada menyergah."Eh,kau ni Tahir terkejut Mak dibuatnya!Ha tahu pun kau lapar.Mak ingat dengan tengok televisyen Tahir dah kenyang!",kata Mak Jah sambil mengetap giginya."Alah Mak ni,hari ini kan hari kemerdekaan negara kita.Tadi Tahir Tengok perarakan raksasa,"best" Mak! Lagipun Tahir nak rasa masakan Mak untuk kali ini sahaja,bolehkan!,"kata Mat Tahir sambil mencebik."Apa kau kata ni Tahir .Bila-bila masa sahaja Mak boleh masakkan untuk kau.Macam nilah Tahir,kau pergi petik terung dekat belakang rumah tu.Mak tengok dah besar,bolehlah mak masak untuk lauk tengah hari sekali ,"kata Mak Jah."Hati Mak baik ,"jerit Mat Tahir. Tersenyum Mak Jah melihat gelagat anak tunggalnya itu.

Mat Tahir kebelakang rumah untuk memetik terung.Selesai memetik terung dia terus ke perigi untuk membasuh terung-terung itu.Mat Tahir mengambil timba untuk menceduk air didalam perigi itu."Alah Mak macam mana ni,tak sampailah,kelong ni tinggi sangat,baik aku ambil bangku tu,boleh aku panjat."Mat Tahir bercakap seorang diri sambil berjalan mengambil bangku ditepi perigi itu,lalu memanjatnya kerusi itu sangat licin.Tiba-tiba kaki Mat Tahir terpelecok.Mat Tahir tidak dapat mengawal dirinya lalu terjatuh ke dalam perigi.

"Eh,mana pula si Tahir ni,lama benar mencari terung !"kata Mak Jah dalam hati.Resah juga saranya manatidaknya Mat Tahirlah satu-satu anaknya."Tahir!Tahir!O......Tahir!" Mak Jah berteriak,tetapi tiada balasan dari Tahir.Mak Jah mencari Mat Tahir keliling rumah ,tetapi bayangnya pun tiada.Mak Jah pergi mencari Mat Tahir di perigi.Di perigi Mak Jah terjumpa sebelah selipar kepunyaan Mat Tahir.Perasaan bimbang mula menghantui fikiran Mak Jah.Mak Jah menjeguk kepalanya ke dalam perigi .Air perigi keruh sekali .Sudah sahlah Mat Tahir jatuh kedalam perigi.

Mak Jah tidak dapat menahaqn perasaan sebaknya.Dia terus ke kebun memanggil suaminya Pak Mat yang dari tadi tidak pulang-pulang kerumah.Setibanya dikebun dengan perasaan sayu,Mak Jah menceritakan pekara yang sebenar.Tanpa membuang masa Pak Mat terus berlari pulang kerumah.Mak Jah memanggil jiran- jiran berdekatan rumahnya untuk membantu Pak Mat mengeluarkan Mat Tahir dari dalam perigi .Pak Mat mengambil tangga sambil dibantu oleh jiran-jirannya dia turun kedalam perigi untuk mengambil Mat Tahir.

Mayat Mat Tahir selamat dikeluarkan .Mayatnya sudah kembung dan berwarna biru .Mak Jah tidak dapat menahan rasa hibanya .Dia menangis tidak berhenti-henti."Patutlah Tahir cakap yang bukan -bukan tadi ".Cerita Mak Jah kepada jirannya sambil tersedu-sedu.Tanggal 31 Ogos jam tiga petang jenazah Mat Tahir selamat di kebumikan.Amin.