DASAR PENGGUNAAN KENDERAAN PEMANDU

                            1. JPPHB hanya bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kenderaan bersama pemandu bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan :-

a) Unit Perkarangan - kenderaan berat bagi tujuan mengangkut peralatan perkarangan seperti pasu bunga dsbnya.

b) Unit Keraian - kenderaan berat bagu tujuan mengangkut peralatan untuk fungsi-fungsi UM seperti kerusi dsbnya.

c) Stor kecuali bagi peralatan alat tulis , stationeries dsbnya yang diuruskan sendiri oleh pihak Fakulti/Jabatan/Bahagian/Pusat.

                           d) Asrama hanya terhad kepada mengangkut sampah sarap ke tempat pembuangan                              sampah yang sesuai.

e) Perumahan bagi kerja -kerja penyelenggaraan yang melibatkan JPPHB di kawasan kuarters UM.

f) Peperiksaan bagi tujuan pengurusan Bahagian Peperiksaan seperti mengangkut kertas-kertas soalan, menghantar skrol dan sebagainya.

                        g) Perpindahan kakitangan UM.

                        h) Kes-kes Kecemasan seperti ketiadaan air dan kematian

- ini hanya untuk diperuntukkan sebuah kuarters untuk seorang pemandu JPPHB bagi tujuan tunggu sedia 24 jam.

                                                    I) Canseleri

                                                                                -hanya sebuah kenderaan Proton disediakan dan pemandu                                                                                     disediakan oleh Bahagian Canseleri sendiri.

2. Bagi pelawat-pelawat / tetamu Naib Canselor dan / atau semua Timbalan Naib Canselor, dua kenderaan rasmi bersama pemandu disediakan. Segala permohonan diselaraskan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Universiti Malaya. Selain daripada ini, bagi pelawat atau tetamu yang dijemput oleh Fakulti/Jabatan / Bahagian, akan diuruskan oleh Fakulti / Jabatan/Bahagian itu sendiri.

3. JPPHB tidak menyediakan perlhidmatan kenderaan dan / atau pemandu kepada pihak Fakulti/Jabatan /Bahagian/Pusat yang mempunyai kenderaan dan/atau pemandu sendiri. Bagi perkhidmatan yang melibatkan kenderaan berat, JPPHB akan menimbangkan permohonan tersebut atas budibicara JPPHB sendiri.

4. JPPHB tidak bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk kakitangan yang bekerja lebih masa ke rumah masing-masing untuk mana-mana Fakulti / Jabatan/Bahagian / Pusat.

5. JPPHB tidak bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kenderaan untuk mana-mana pegawai dan kakitangan Universiti Malaya yang lain walaupun untuk tujuan rasmi seperti menghadiri seminar, mesyuarat, kursus,makan malam dsbnya kecuali kepada Pendaftar dan Bendahari.

6. Bagi setiap permohonan yang diluluskan, bayaran perkhidmatan penggunaan kenderaan akan dikenakan kepada peruntukan Fakulti / Bahagian / Jabatan / Pusat / Asrama tersebut. Bayaran tersebut adalah perkiraan per kilometer iaitu:-

                                                        0.75 sen per kilometer bagi lori besar (3 tan)

                                                        0.50 sen per kilometer bagi lori kecil (1 tan) dan van.

 

Bagi perkhidmatan yang melibatkan kerja selepas waktu pejabat atau cuti am, bayaran-bayaran lain seperti bayaran lebih masa , elaun harian, elaun makan dsbnya bagi kakitangan JPPHB yang terlibat seperti pemandu ditanggung oleh Fakulti / Jabatan / Pusat / Asrama itu sendiri.

7. Bagi mana-mana pegawai atau kakitangan UM yang berpindah rumah iaitu terhad kepada samada berpindah dari kuarters/Asrama UM ke rumah lain di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor (atau bagi jarak yang bersesuaian) atau sebaliknya, mereka boleh memohon kemudahan pengangkutan kenderaan berat di luar waktu pejabat atau cuti am dan dikenakan bayaran perkhidmatan yang berpatutan iaitu :-

                                                RM 30.00 bagi seorang pemandu untuk satu perjalanan (pergi dan balik)

                                                RM 25.00 bagi seorang pekerja untuk satu perjalanan (pergi dan balik)

Manakala bayaran penggunaan kenderaan per kilometer adalah seperti perkara (6). Walau bagaimanapun , permohonan ini adalah tertakluk kepada kesesuaian penggunaan kenderaan dan/atau pemandu dan/atau pekerja.

8. Bagi melicinkan pengurusan, semua permohonan untuk perkhidmatan pengangkutan JPPHB mestilah dihantar ke JPPHB selewat-lewatnya lima (5) hari dari tarikh penggunaan kenderaan. JPPHB berhak menolak setiap permohonan yang lewat diterima.

LAMAN UTAMA

| ZONE PENYELIAAN | DASAR PERABOT | DASAR PERUMAHAN KAKITANGAN | DASAR PENYAMAN UDARA | DASAR KENDERAAN UNIVERSITI | DASAR PENYELENGGARAAN KENDERAAN | GAMBAR PEJABAT JPPHB | GAMBAR SEMASA MAJLIS JAMUAN | GAMBAR LAWATAN KE TAPAK PROJEK LEBUHRAYA