DASAR SISTEM PENYAMAN UDARA

1. Secara dasarnya, sistem penyaman udara merupakan salah satu kemudahan asas bagi sesuatu bangunan yang bertujuan untuk melahirkan suasana yang kondusif serta keselesaan kepada para pengguna . Secara amnya, penggunaan ruang bangunan di Universiti Malaya adalah seperti berikut :-

1.1 Pejabat am dan/atau pentadbiran.

1.2 Tujuan pengajaran dan penyelidikan seperti kuliah, tutoriol dan makmal.

1.3 Bilik-bilik kakitangan akademik dan bukan akademik seperti Pensyarah    danPenolong Pendaftar.

1.4 Dewan/bilik bagi tujuan mengadakan ceramah dan seminar.

1.5 Ruang dan/atau makmal khas bagi menempatkan sistem dan/atau peralatan yang khusus seperti ‘mainframe’ di Pusat Komputer dan bilik sejuk (cold room) di Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains.

2. Umumnya, sesuatu bangunan dan/atau ruang dalam bangunan akan dilengkapkan dengan sistem-sistem penyaman udara seperti berikut :-

2.1 Jenis pusat (Central). Kebanyakan fungsi ‘On/Off’ nya dikawal melalui pemanas (timer) berdasarkan masa bekerja normal kecuali sekiranya ada permohonan dan/atau tempahan yang diterima.Jenis ini banyak digunakan untuk bangunan-bangunan pentadbiran dan dewan-dewan kuliah di Fakulti / Jabatan / Bahagian.

2.2 Jenis Individu. Jenis ini terdiri dari unit tingkap dan ‘single split’ . Fungsi ‘On/Off’ : Unit-unit jenis ini dikawal oleh pengguna sendiri . Jenis ini banyak digunakan di bilik-bilik Pensyarah dan bilik-bilik seminar kecil.

3. Bagi ruang-ruang bangunan sedia ada, JPPHB bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan sistem penyaman udara berdasarkan kepada kesesuaian dan/atau penggunaan ruang bangunan tersebut. Dengan mengambil kira aspek-aspek penyelenggaraan dan peruntukan, jenis sistem yang akan disediakan adalah mengikut keutamaan seperti berikut :-

3.1 Jenis pusat, atau

3.2 Jenis tingkap, atau

3.3 Jenis ‘single split’, atau

3.4 Kombinasi mana-mana di atas.

4. Sebelum kerja-kerja pemasangan (termasuk kerja-kerja penggantian) sistem penyaman udara pada sesuatu ruang bangunan dilakukan, satu kajian bangunan akan dilakukan oleh pegawai dan/atau kakitangan teknikal JPPHB bertujuan untuk mengenalpasti jenis sistem yang akan digunakan . Kriteria yang diambilkira adalah :-

4.1 Penggunaan ruang seperti kapasiti / saiz ruang dan jenis penggunaan ruang tersebut.

4.2 Halangan/gangguan yang dijangka akan merumitkan kerja-kerja pemasangan seperti aliran keluar air yang dikeluarkan oleh unit berkenaan, ruang untuk menempatkan unit dsbnya.

                                                    4.3 Bekalan Elektrik

                                                    4.4 Peraturan-peraturan bangunan

                                                    4.5 Ciri-ciri estetik bangunan

                                                    4.6 Peruntukan

                                                    4.7 Aspek-aspek teknikal yang berkaitan

Kajian ini biasanya mengambil masa lebih kurang dua (2) minggu sebelum keputusan untuk jenis sistem yang diluluskan oleh JPPHB.

 

5. Bagi ruang bangunan yang digunakan sebagai pejabat dan/atau pentadbiran sesuatu fakulti/ jabatan/bahagian/pusat dimana masa bekerja adalah normal, sistem penyaman udara jenis pusat akan disediakan. Atas dasar kepentingan perkhidmatan, sekiranya kakitangan fakulti/ jabatan/bahagian dikehendaki bekerja lebih masa, penggunaan fakulti/jabatan/bahagian dikehendaki memohon untuk memanjangkan tempoh penggunaan sistem penyaman udara pusat tersebut. Bagi melicinkan pengurusan, semua permohonan mestilah dihantar ke JPPHB selewat-lewatnya tiga (3) hari dari tarikh penggunaan. JPPHB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerumitan dan/atau kesulitan bagi permohonan yang lewat diterima. Begitu juga, dengan dewan-dewan kuliah yang besar atau dewan-dewan lain yang setaraf dengannya. Dewan yang dimaksudkan ini adalah untuk berkapasiti dari segi ruang untuk memuatkan melebihi 100 pengguna dengan selesa dalam satu masa.

6. Bagi bilik-bilik seminar atau tutorial, sistem penyaman udara jenis pusat akan disediakan. Bilik yang dimaksudkan ini adalah untuk berkapasiti dari segi ruang untuk memuatkan tidak melebihi 50 pengguna dengan selesa dalam satu masa. Walau bagaimanapun, terdapat bilik-bilik tersebut yang menggunakan jenis tingkap atau ‘single split’. Hal ini adalah berkaitan dengan Perkara (4).

7. Pihak fakulti/jabatan/bahagian/pusat dikehendaki memastikan setiap pengguna yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada pengguna. Ini adalah kerana keadaan ini boleh/akan mempengaruhi pengguna untuk membuka pintu dan/atau tingkap dewan dan/atau bilik tersebut menyebabkan sistem penyaman udara tersebut ‘over loading’ disebabkan terlalu banyak ‘fresh air’.

8. JPPHB mempunyai perancangan untuk memasang unit-unit individu di bilik-bilik Pensyarah. Tindakan ini sedang dijalankan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada bilik-bilik Pensyarah yang mempunyai sistem penyaman udara jenis pusat, tindakan akan diambil sekiranya pihak JPPHB mendapati sistem penyaman udara jenis pusat tersebut tidak ekonomi lagi dibaikpulih dan/atau diselenggarakan . Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada Mesyuarat Pemeriksa Barang-barang Kondem.

9. JPPHB mengalami beberapa kerumitan berkaitan dengan unit-unit individu yang dipasang. Antaranya adalah terdapat pengguna yang terlupa untuk ‘Off’kan unit tersebut. Dalam hal-hal sedemikian, JPPHB berhak untuk menarik balik unit tersebut setelah amaran keras diberikan kepada pengguna tersebut.

10. Bagi permohonan-permohonan baru untuk unit-unit penyaman udara haruslah dilakukan oleh Dekan atau Timbalan Dekan Fakulti atau Ketua Jabatan/Bahagian/Pusat dengan menyatakan perkara-perkara berikut :-

10.1 Lokasi bilik yang dipohon

10.2 Penggunaan bilik yang dipohon

10.3 Status sistem penyaman udara pusat dan/atau individu yang sedia ada.

10.4 Peruntukan

Sejak akhir-akhir ini, JPPHB banyak menerima permohonan yang memerlukan penggunaan sistem penyaman udara selama 24 jam kerana bilik/lokasi tersebut menempatkan peralatan-peralatan khusus. Dalam hal ini, JPPHB akan meneliti permohonan tersebut dan hanya peralatan-peralatan khusus yang telah dikenalpasti akan disediakan sistem penyaman udara 24 jam. Bagi peralatan-peralatan yang mengeluarkan haba (heat generated equipments) pula, hanya ‘exhaust fan’yang sesuai akan dipasang.

Walau bagaimanapun, bagi peralatan khusus yang memerlukan ‘force cooling system’ seperti ‘main frame’ komputer, JPPHB menimbangkan permohonan seperti ini. Juga, JPPHB berhak menolak sebarang permohonan yang difikirkan tidak sesuai.

 Masa kerja-kerja pemasangan yang diambil bagi permohonan-permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut :-

10.5 Kajian bangunan dan kelulusan JPPHB

                                                            -2 minggu dari tarikh terima permohonan

10.6 Kerja pemasangan unit tingkap

                                                            - 1 minggu dari tarikh kelulusan JPPHB

                                  (Ini tertakluk kepada bekalan unit tingkap yang diperolehi secara kontrak pusat)

- Nota :

Tempoh siap kerja pemasangan bergantung kepada jumlah unit yang akan dipasang yang akan dimaklumkan kemudian.

10.7 Kerja pemasangan unit ‘single split’

                                                            - 1 minggu bagi peruntukan tidak melebihyi RM 5,000.00

                                                            - 6 minggu bagi peruntukan antara RM 5,000 - RM 100,000

                            ( Ini tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tender Pentadbiran)

                                                            - 3 bulan bagi peruntukan melebihi RM 100,000.00

                            (Ini tertakluk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tender)

- Nota :

Tempoh siap kerja pemasangan bergantung kepada jumlah unit yang akan dipasang yang akan dimaklumkan kemudian.

LAMAN UTAMA

| ZONE PENYELIAAN | DASAR PERABOT | DASAR PERUMAHAN KAKITANGAN | DASAR PENYAMAN UDARA | DASAR KENDERAAN UNIVERSITI | DASAR PENYELENGGARAAN KENDERAAN | GAMBAR PEJABAT JPPHB | GAMBAR SEMASA MAJLIS JAMUAN | GAMBAR LAWATAN KE TAPAK PROJEK LEBUHRAYA