Antara kelebihan (fadhilat) Surah Al-Kahfi ayat 1-16

1. Rasulullah SAW bermaksud : Siapa yang menghafaz 10 ayat dari awal Surah Al-Kahfi terpelihara dari pengaruh Dajjal, dan siapa yang mengahafal ayat-ayat yang akhir darinya, baginya cahaya di hari kiamat.

2. Siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat atau siangnya atau lainnya, Allah akan memberi cahaya dan diampunkan dosa sampai hari Jumaat akan datang dan Malaikat memintakan rahmat baginya sepanjang hari.

1. Menjauhi dari maksiat, dosa kesalahan dan meninggalkannya.

2. Mengaku dengan sungguh-sungguh di atas kesalahan yang telah dilakukan.

3. Menyesali segala perbuatan maksiat dan kesalahan-kesalahan yang terlanjur yang dikerjakannya.

4. Berazam tidak akan kembali lagi pada melakukan dosa dan kesalahan selalu mengucap istighfar.


Orang yang bertaubat dan mengucap istighfar akan memperolehi banyak kelebihan

1. Memperoleh keutamaan daripada Allah SWT dan anugerahnya.

2. Meruntuhkan tipu daya iblis dan syaitan.

3. Menenangkan hati yang gelisah kerana terkenang dosa-dosa yang pernah dilakukan.

4. Menghilangkan kesusahan, dan meluaskan rezeki yang halal.

5. Mensucikan diri daripada kesalahan dan dosa.

6. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Memperoleh khunul khatimah (kesudahan yang baik).

8. Sentiasa mendapat hidayat dan petunjuk Allah SWT dan kembali kepada jalan yang benar dan diredhai oleh Allah.

                                                                                               Maksud Al-Hadis



Previous page