SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI
84150 MUAR, JOHOR

Telefon : 06-9881892                Email : jba5047@tm.net.my


PENTADBIRAN
           Nama  :  PN HJH JAMILAH BTE HJ ABDULLAH
           Kelulusan : Diploma Sains  (UPM - 1984)
                               Diploma Pendidikan - UPM
           Kategori : PPLD DGA4
           Tarikh Mula Berkhidmat : 01 Ogos 2002

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriserta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara".

FALSAFAH PENDIDIKAN

Murid-murid harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung.  Pengalaman
ini adalah meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani.  Pengalaman yang patut dilalui oleh murid hendaklah
sesuai, relevan dengan matlamat yang hendak dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang menarik.  Perkara penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penglibatan setiap murid secara aktif.

MATLAMAT SEKOLAH

Memastikan perkembangan murid secara menyeluruh.  Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial.

OBJEKTIF SEKOLAH

; Murid-murid boleh menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan, sesuai dengan   kedudukannya sebagai
Bahasa Malaysia dan Bahasa Rasmi Negara
; Murid-murid boleh menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan  menulis di dalam
Bahasa Melayu.
; Murid-murid boleh menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira
; Murid-murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahira asas
; Murid-murid berupaya memahami,membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukan sebagai bahasa kedua
; Murid-murid boleh membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai  kemanusiaan dan
keharmonian yang diterima dan dihargai oleh masyarakat berlandaskan RUKUN NEGARA serta menjadikan
asas bagi amalan hidup.
; Murid-murid boleh mempunyai pengetahuan dan menanam minat serta kepekaan terhadap manusia dan
aalam sekitar
; Murid-murid boleh bergaul , menghargai hak, dan kebolehan orang lain serta   mempunyai semangat
kerjasama dan toleransi
; Murid-murid mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk  meluaskan pengetahuan
serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai
; Murid-murid boleh meminati, memahami, menikmati, dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebudayaan nasional

MISI SEKOLAH

; Menyediakan Pendidikan Berkualiti Dan Menyeluruh Bagi Memenuhi Keperluan Sumber Tenaga Negara
Untuk Menghadapi Cabaran dan mencapai Matlamat Wawasan 2020 Melalui Pengajaran Dan Pembelajaran

; Berkesan dan Penglibatan Aktif dalam Kokurikulum Sekolah

; Kecermelangan Dalam Semua Bidang Yang Memberi Sumbangan Kepada Agama Bangsa Dan Negara
 

VISI SEKOLAH

; Kecermelangan dalam semua bidang yang memberi sumbangan kepada Agama Bangsa dan Negara

; Menjadi institusi pendidikan yang unggul dalam semua aspek pendidikan untuk melahirkan insan cemerlang
dan seimbang daripada segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani bagi memenuhi kehendak agama,
masyarakat dan negara.

PIAGAM PELANGGAN

; Memberi Pendidikan yang mantap kepada semua pelajar tanpa mengira umur, keupayaan dan kaum.

; Berusaha untuk merealisasikan matlamat dan dasar negara dalam bidang pendidikan.

; Berusaha untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan bidang akademik dan sahsiah yang berkualiti ke arah
keperluan masyarakat dan negara.

; Menjadikan sekolah sebagai satu institusi untuk merapatkan hubungan antara profession perguruan dan
masyarakat sekitar.
 
 

| Depan | Sejarah & Lokasi  | Guru dan Staf | Pencapaian | Aktiviti | Enrolmen | Laporan Panitia |