ORGANISASI (Perutusan/Maklumat
Staf/Organisasi Sekolah/Takwim
Sekolah/Enrolmen Pelajar)
KURIKULUM
(Jawatankuasa Kurikulum/PMR/SPM)
KOKURIKULUM
(Takwim Kokurikulum/Badan
Beruniform/Persatuan Akademik/Bukan
Akademik/Sukan)
PROFIL
(Sejarah Sekolah/Lokasi
Sekolah/Falsafah & Objektif/Piagam
Pelanggan)
PIBG (AJK
PIBG)
BULETIN
SEMASA (Diari Sri Muar)
FALSAFAH, MATLMAT
DAN OBJEKTIF SEKOLAH
FALSAFAH SEKOLAH
-
Bahawasanya murid-murid yang
ada di sekolah ini terdiri daripada berbgai kaum dan mempunyai kebolehan
dan potensi-potensi untuk berkembang maju sama ada dari segi kognitif,
fektif atau psikomotor. Oleh itu, peluang-peluang seluasnya diberikan kepada
murid-murid tanpa mengira kaum untuk berkembang menjadi manusia yng seimbang.
-
Kaum pendidik yang juga terdiri
daripada berbagi kaum mempunyai keupayan pengetahuan, kemahiran, kecekapan,
semangat profesional yang tinggi untuk memberikan pendidikan yang sempurna,
menyeluruh, jujur tanpa mengira kaum dan agama.
-
Bahawasanya sekolah mempunyai
keupayaan untuk menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar yang
bermutu tinggi yang sanggup memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi
dan melahirkan manusia yang seimbang yang dapat memberikan sumbangan yang
positif kepada nusa bangsa.
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan pelaar-pelajar
yang seimbang iaitu berpengetahuan tinggi dan beermoral, seterusnya melahirkan
warganegara yang baik, berdisiplin, bertanggungjawab kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
-
Menambah serta memupuk minat
belajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan murid-murid.
-
Menghapuskan sikap negatif
di kalangan pelajar terhadap pelajaran, guru-guru dan sekolah.
-
Mewujudkan kesedaran di kalangan
pelajar bahawa mereka adalah harta negara dan oleh itu mempunyai tanggungjawab
yang besar untuk memajukan negara ini.
-
Mewujudkan pelajar yang peka
terhadap perubahan yng berlaku di sekeliling mereka.
-
Menanam nilai yang tinggi
terhadap kejayaan dan kecemerlangan di klangan pelajar sama ada bidang
akademik atau bukan akademik.
-
Memupuk minat yang tinggi
di kalangan pelajar terhadap tradisi-tradisi kebudayan berbagai kaum di
negara ini.
-
Mewujudkan masyarakat pelajar
yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
-
Mewujudkan perpaduan di kalangan
pelajar yang berbagai kaum berlandaskan RUKUN NEGARA
-
Meningkatkan pencapaian akademik
dan bukan akademik dari semasa ke semasa.