Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong
84020 Muar Johor

Sila pilih di halaman pengenalan ini 
 
Ke laman utama  

Sejarah Sekolah  

Kemudahan dan keceriaan 

Guru Besar yang pernah    berkhidmat di SKSK  

PIBG  

ke laman utama 

ppd zon utama

 
Sekapur sirih
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi kekuatan untuk menyatakan sepatah dua kata dalam ruangan Home Page ini.   
Dunia hari ini telah melangkah ke satu era teknologi maklumat yang canggih. Bagi kitadi Malaysia , WAWASAN 2020 memerlukan generasi yang berilmu dan bermaklumat untuk bersaing dengan negara-negara maju.   
Penggunaan komputer kini sudah menjadi satu kemestian, terutamanya dalam menjana pelaksanaan berorganisasi yang teratur dan sistematik. Sekolah sebagai sebuah institusi membina generasi berilmu dan bersahsiah haruslah turut sama menyambut cabaran alaf baru.  Penghantaran dan penerimaan maklumat menerusi internet sudah terbukti keberkesanannya. Atas kesedaran inilah, maka pihak sekolah ini mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah projek gerak gempur bagi menghadamkan semangat Cinta IT (Information Technologi) dikalangan seluruh warga sekolah ini.Semoga dengan penempatan Home Page ini dapat memudahkan interaksi di antara para warga pendidikan dan pihak-pihak yang dapat membantu kami untuk memajukan sekolah ini amnya dan alam pendidikan di negara ini khasnya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pelaksanaan Home Page ini.  
Semoga komitmen yang ditunjukkan ini berkekalan demi kecemerlangan sekolah.    
Sekian, terima kasih.    

"GURU PENYEMAI TANGGUNGJAWAB BERSAMA"    

A.MANAP BIN ABDUL SAMAD    
Guru Besar SK. Sagil Kampong, Muar,Johor  
 

ppd zon utama