Sekolah Kebangsaan Gong Bayor,
22000 Besut,
Terengganu, Malaysia.
Tel: 609-6977828
Kandungan
Berita Semasa
Penggal Persekolahan dan cuti umum 2002

Hari Pelepasan Am

Senarai Tugas Guru Kurikulum

Senarai Tugas Guru Ko-kurikulum

Giliran Guru Bertugas Mingguan

Senarai Tugas Guru (HEM)

Takwim Sekolah Sesi Persekolahan

Perincian Tugas Guru dan Kakitangan

Senarai Pengkelasan Fail SKGB

PIBG
 
 

 

 Lawatan yang malang di Tasik Kenyir
1 Februari 2002, Jumaat - Bila terbayang Tasik Kenyir, terbayanglah pula khazanah lubuk-lubuk ikan yang tersohor seperti kelah, kejor, tengas, baung dan lain-lain spesies ikan. Itulah yang sering dibual-bualkan oleh beberapa orang guru yang akan menyertai ekspedisi ke Tasik Kenyir beberapa hari sebelum ekspedisi itu bermula. 
Seramai 15 orang guru-guru sekolah ini berangkat ke Tasik legenda itu dengan semangat yang berkobar-kobar mengharapkan dapat menjinakkan seberapa banyak ikan atau apa-apa sajalah yang menjadi khazanah tasik itu. Sebelum itu Web master sendiri telah mentelaah beberapa petua dan teknik pancingan ikan air tasik. Maklum sajalah dalam ramai-ramai peserta itu, web masterlah yang paling berpengalaman.
Sepanjang perjalanan menaiki bot, beberapa orang guru menyiapkan perambut dan kail masing-masing. Ada yang menggunakan joran dan ada juga yang menggunakan koyan. Sesampai sahaja di Sungai Lasir, beberapa orang guru membimbit peralatan pancing menuju ke jeram yang berhampiran, sementara yang lain menikmati keindahan alam semulajadi. Dua jam berlalu, hanya beberapa ekor  ikan sebesar jari kelingking sahaja yang kami dapat. Kami pulang semula ke bot dengan hati yang hampa. Di situ kami masih lagi memancing tetapi masih tiada habuan. Umpan cacing yang kami sangkut, cacing jugalah yang kami dapat. Tak sentuh langsung. Keadaan demikian berlarutan sampai keesokan harinya. Usahkan dapat ikan, nak tengok anak-anak ikan berenang-renangpun susah. 
Hari Sabtu kami pulang dengan seribu kekesalan. Kami berjanji tidak akan datang lagi ke Kenyir. Indah khabar dari rupa!

Lawatan bermaklumat ke Lapangan terbang TUDM Gong Kedak

Menu utama | Guru Besar | Guru-guru | KakitanganPIBG  | Perihal sekolah | Dari Guru untuk Guru