Helah lazim yang digunakan Pengirim Spam dan petua untuk mengelakkannya

Berikut adalah cara anda boleh mengelak sesetengah helah yang digunakan pengirim spam untuk mendapatkan alamat e-mel anda.

Taktik Lazim Pengirim Spam

"Tolong! Peti Masuk saya dibanjiri spam! Bagaimana pengirim spam boleh mendapat alamat saya?"

Antara soalan paling lazim yang kami terima daripada pengguna adalah tentang spam. Pengguna merasakan keadaan semakin teruk, dan mereka ingin tahu mengapa. Pengirim spam menggunakan taktik yang lebih maju dan menerapkan teknik pengiriman spam yang semakin agresif. Untuk memahami cara menghentikan spam, anda patut ketahui beberapa helah yang pengirim spam gunakan untuk mengakses Peti Masuk anda.

Serangan kamus:

Pengirim spam menggunakan "kamus" perkataan dan nama lazim, menggabungkan kedua-duanya, dan mengirim e-mel yang dialamatkan kepada pelbagai variasi nama itu, seperti ahmad1@contoh.com, ahmad2@contoh.com, ahmad3@contoh.com.

Pengirim spam biasanya menggunakan cara ini pada pembekal perkhidmatan e-mel terkemuka yang mempunyai pangkalan pengguna yang besar. SpamGuard Mel Yahoo! yang dipertingkatkan boleh mengenal pasti dan mencegah kebanyakan serangan kamus.

Peniruan e-mel:

Helah pilihan pengirim spam hari ini, peniruan e-mel, menggunakan kepala e-mel palsu yang menjadikan mesej e-mel kelihatan seolah-olah dikirim daripada orang atau tempat lain, bukannya pengirim spam. Agak mudah untuk membuat e-mel seolah-olah dikirim daripada alamat anda sendiri atau daripada sumber yang nampaknya boleh dipercayai. Pengirim spam menggunakan peniruan e-mel supaya anda membuka dan membalas mel mereka. Ingat, jangan sekali-kali membalas e-mel tak diminta - sebaliknya, laporkan e-mel itu dengan mengklik butang "Spam" pada Mel Yahoo!.

Meniru Yahoo!

Ramai pengirim spam cuba meniru atau berlagak seperti Yahoo! dengan harapan anda menghantar maklumat akaun peribadi anda. Harap maklum bahawa Yahoo! sekali-kali tidak akan meminta anda menghantar e-mel mengandungi maklumat peribadi anda seperti ID Yahoo!, kata laluan, nombor kad pengenalan, nombor kad kredit, dan sebagainya.

Jika anda menerima e-mel yang kelihatan seperti daripada Yahoo! dan meminta maklumat begini, bererti e-mel itu spam. Sila laporkan penyalahgunaan e-mel ini dengan mengklik butang "Spam."

Kejuruteraan sosial:

Helah ini menipu pengguna supaya membuka spam dengan berlagak mengenali pengguna atau cuba mengumpan pengguna dengan baris subjek "peribadi". Baris subjek yang lazim termasuk "Hey how are you?" (Apa khabar?)," "Urgent and Confidential" (Segera dan Rahsia), "We need to meet" (Kita perlu jumpa), "I have money for you" (Saya ada wang untuk anda), atau "It snowed again" (Salji turun lagi). Elakkan helah ini dengan tidak sekali-kali membalas e-mel tak diminta, melaporkannya dengan mengklik butang "Spam" dan menetapkan alamat disekat.

Melombong papan mesej dan bilik sembang:

Jangan siarkan alamat e-mel anda di tempat awam - anggap alamat itu seperti nombor telefon anda. Jika alamat e-mel anda terpapar di papan mesej, bilik sembang, atau mana-mana tempat awam, pengirim spam boleh menggunakan "bot" atau robot automatik untuk menggelintar Internet dan mencatat alamat e-mel anda. Apabila melawat papan mesej dan bilik sembang, kami cadangkan supaya anda gunakan alamat e-mel boleh lupus Mel Yahoo! - hanya disediakan untuk pelanggan Mel Yahoo! Tambahan. Dengan alamat e-mel boleh lupus, anda boleh mengawasi spam yang dikirim ke alamat itu dan menghapuskannya jika terlalu banyak spam dikirim di situ.

Proksi terbuka, pelayan pihak ketiga:

Proksi terbuka adalah pelayan pihak ketiga yang membenarkan pengirim spam mengirim mel sambil menyembunyikan identiti sebenar dan lokasi Internet (alamat IP) mereka. Ramai pengirim spam menggunakan pelayan proksi terbuka supaya identiti mereka tidak terdedah. Teknologi SpamGuard Mel Yahoo! (sedang menanti paten) secara proaktif melindungi anda daripada teknik ini.

Web beacon:

E-mel mungkin mengandungi imej yang tak nampak oleh penerima - kadang kala dipanggil "GIF tak kelihatan" atau "web beacon". Sebaik sahaja e-mel dibuka, pengirim spam menerima isyarat bahawa alamat anda aktif. Mel Yahoo! menasihatkan supaya jangan membuka mesej e-mel jika kelihatan seperti spam.

Untuk melaporkan mesej sebagai spam tanpa membukanya, klik kotak di sebelah kiri mesej dan kemudian klik butang "Spam". Mesej akan dihapuskan dan dilaporkan sebagai spam.

Selain itu, Mel Yahoo! mempunyai ciri Menyekat Imej. Ciri ini menghalang grafik HTML daripada dimuat turun sehingga anda menentukan mesej datang daripada pengirim yang dipercayai. Untuk menetapkan ciri Menyekat Imej, pergi ke Opsyen Mel dan klik pada "Perlindungan Spam."

Menyelitkan rentetan teks dan aksara rambang:

Untuk cuba melalui saring kawalan spam, pengirim spam menyelitkan rentetan teks rambang di keseluruhan e-mel supaya spam itu kelihatan unik berbanding e-mel lain. Kadang kala cara ini dilakukan pada kepala e-mel dengan menambah ruang dan aksara seperti ini: V_I_A_G_R_A. Anda dapat membantu melawan spam jenis ini dengan tidak membuka atau membalasnya dan dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel melalui butang "Spam".

Surat Berantai:

Di kalangan kita ramai yang menerima surat berantai yang mengajak kita melanjutkan mesej kepada kawan-kawan. Kadang kala mesej itu berkata kita akan menerima wang lima sen bagi setiap e-mel atau nasib malang akan menimpa jika mesej dikirim kepada kurang daripada lima orang. Ini adalah pendustaan yang dibuat untuk mempromosikan spam. Jangan sekali-kali lanjutkan e-mel ini dengan sangkaan anda akan menerima wang bagi setiap penerima e-mel.

Petua bagi Mencegah Lebih Banyak Spam

Selain menukar tetapan akaun Mel Yahoo!, berikut ada beberapa petua lain bagi melawan spam:


Home cuti umum radio komputer kabinet DCHL download tv pku2006 tip akhbar malaysia GPRS/WAP

©Copyright 2002-2006 Ahmad Nasir b Yusof (M) Berhad. All rights reserved.