The Anwar Trial
Tuesday November 24th
Notes Of Proceedings - Tuesday 24th November 1998 DPP v Dato' Seri Anwar Ibrahim Coram : Justice Augustine Paul DPP : Dato' Abdul Gani Patail, Azahar Mohamed, Yusof Zainal Abidin, Stanley Augustin, Nordin Hassan, Shamsul Sulaiman Defence: Raja Aziz Addruse, Tuan Hj Sulaiman Abdullah, Christopher Fernando, Gurbachan Singh Bannu, Zainur Zakaria, Pawancheek Marican, Kamar Ainiah Kamaruzaman, Sankaran N. Nair, Robyn Choi, Zulkifili Noordin Counsel for the 4 witnesses - C.V. Prabakaran Hearing starts 9.15 am SP9 ASP Zulkifli bin Mohamad takes oath Chris: Mr Gurbachan is not here yet, he is in the Court of Appeal. Can we have the witness called later? J: Can't you do the cross-examination? It is only in respect the documents. Chris: Mr Gurbachan may have some specific things on his mind. J: Call the next witness. SP10, ASP Mazlan bin Mansor Age : 38 Bertugas di bahagian pendakwaan undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah Q: Sejak bila bertugas? A: Sejak 1992 Q: Pada 17/8/97 sekitar sekitar pukul 5.45 ptg apa berlaku? A: Saya telah dihubungi oleh ASP Zulkifli bin Mohd untuk membantu beliau menangkap 2 orang suspect Q: Ada ASP Zulkifli memberitahu di mana mereka berada? A: Dia memberitahu saya yang kedua-dua suspect dipercayai berada didalam sebuah rumah, No 56, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya, KL Q: Ada ke alamat itu? A: Benar, saya ada ke alamat tersebut Q: Pukul berapa tiba di situ? A: Saya tiba ke situ jam lebih kurang 6 ptg Q: Apa yg berlaku apabila kamu tiba di situ? A: Apabila saya tiba di situ, saya dapati ASP Zulkifili Mohd dan ACP Mazlan di lokasi rumah tersebut Q: Pukul berapa suspect ditangkap? A: Lebih kurang jam 10.30 mlm Q: Tahu siapa suspect? A: Tahu, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar Q: Selepas kedua suspect ditangkap, ASP Zul menyerahkan mereka kepada Cawangan Khas (CK)? A: Ya, kepada ACP Mazlan Q: Keesokan hari, 18/8/97, 10 pagi, ada menerima arahan? A: Saya telah menerima arahan daripada SAC 1 Musa untuk membuat pemeriksaan di rumah Azizan Q: Ada menjalankan arahan tersebut? A: Saya telah melaksanakan arahan tersebut Q: Di mana rumah Azizan? A: Rumah Azizan adalah di No 54, Jalan Bersatu 1,Rawang, Selangor Q: Siapa yang pergi ke rumah pada pagi itu? A: Dengan Lance Corp Rahmat bin Atan, Azizan juga turut hadir (Azizan di camkan) Q: Setibanya di rumah Azizan apa yang berlaku? A: Saya telah membuat pemeriksaan di rumah Azizan dan hasil dari pemeriksaan itu saya telah menemui satu salinan surat akuan bersumpah bertarikh 5/8/97, yang ditandatangai oleh Azizan sendiri Q: Rujuk kepada surat sumpah Adakah ini surat sumpah pada hari tersebut? A: Ya Surat Sumpah marked ID39 Q: Selain daripada ID39, ada lagi menemui barang lain? A: Satu diari kecil bertanda Institut Kefahaman Islam Malaysia Diari kecil Institut Kefahaman Islam Malaysia marked ID40 Q: Selepas itu? A: Saya kembali ke pejabat saya dan memaklumkan kepada SAC1 Musa Hj Hassan barang ynag dijumpai Q: Azizan juga kemabali ke Bukit Aman? A; Ya Q: Berkenaan dengan kedua-dua barang ini ada senarai? A: Saya ada mengunakan senarai pemeriksaan Senarai shown to SP9, P41 List Marked ID(P) 41 Q: Pada petang tersebut, kamu menyerahkan Azizan kpd CK? A: Ya Q; Pada hari tersebut kamu telah menyerahkan Azizan kepada ACP Mazlan? A: Ya, saya telah menyerahkan Azizan kepada ACP Mazlan di Bukit Aman Q: Pada pukul 10.00 pagi, 18/8/97, apa yang berlaku? A: Lebih kurang pukul 10.00 pagi 18/8/97,saya telah menerima Azizan dari Mazlan dari pejabat CK DPP: Itu sahaja. Cross-Examination Chris Fernando Q: Kamu bertugas di mana? A: Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan. Q: Mengapa kamu di panggil membantu dalam penagkapan A: Saya telah diarahkan oleh SAC 1 Musa membantu Asp Zulkifili untuk membuat penagkapan tersebut Q: Apa sebab pegawai pendakwaan dipanggil? A: Saya terima arahan Musa, ketua kepada saya Q: Why were you asked? A: Saya telah menerima arahan dari ketua saya yang mana lazimnya dia memberi arahan untuk bertindak ke atas apa apa perkara yang diarah olehnya Q: Answer, you are from prosecution, dari pendakwaan, mengapa pula membuat tangkapan? A: Mesti tanya SAC 1 Musa Q: Saya tanya kamu soalan itu, tolong jawap J: Tahu atau tak tahu? A: Saya tidak tahu Q: Semasa Ummi & Azizan ditangkap adakah kamu hadir di rumah itu? A: Ya, benar, saya hadir di rumah tersebut Q: Adakah kamu nampak kedua-dua orang ini di keluarkan dari tingkap? Fished out? A: Saya nampak kedua-dua Ummi dan Azizan dikeluarkan melalui balconi. Q: Siapa yang bantu mereka keluar dari balconi? A: Saya cuma lihat ASP Zulkifili telah membawa mereka keluar Q: Ada tak Azizan memegang sesuatu? A: Azizan pada masa itu ada memegang sebuah beg kecil Q: Adakah beg itu diperiksa sebaik sahaja ditangkap? A: Saya tidak periksanya Q: Ada nampak beg itu diperiksa? A: Saya tidak nampak beg itu diperiksa Q: Beg macam mana? A: Tak ingat Q: Adakah itu beg sling atau pegang? A: Saya tak berapa ingat samada beg itu disandang di bahunya atau dipegang di tangan Q: Selepas dia ditangap, berapa jauh kamu darinya? A: Saya berada lebih kurang 10-15 meter, dari bawah rumah. Balconi di atas. Q: Semasa mereka di bawah berapa jauh kamu dari mereka? A: lebih kurang 10-15 meter Q; When they were up 10-15 meters, then down, also that? A: Jarak saya nampak Azizan dan Ummi setelah sampai ke tingkat bawah rumah, pada masa itu saya berada lebih kurang 10-15 meter dari mereka Q: Ada tolong Zul tangkap kedua-dua orang suspect ? A: Tidak Q: Kamu tidak bantu Zul? Ini bermakna kamu tidak atuhi arahan? A: Keadaan tidak memerlukan saya menangkap Ummi dan Azizan Q: Berapa pegawai membantu ASP Zul? A: Ada beberapa pegawai, saya tak ingat Q: Adakah Azizan digari? A: Saya tak beberapa ingat Q: Adakah Ummi digari? A: Saya juga tak beberapa ingat Q: Would you say that you are not observant? And forgetful? A: Tak faham Chris repeats question A: Tak setuju Q: Yet important things you did not see? Judge: If I followed the strict rules of evidence all the cross is irrelevant, not important to issues. All I see in relevance, is that he went to the house for the arrest Chris: This goes to credibility and veracity J: At the end of the day, this should all go to the submission. J: You must ask relevant questions C: His answers will determine his credibility Gurbachan enters 10.15 am Q: Apakah ASP Zul beritahu kepada Azizan sebaik sahaja dia tangkap? A: Saya tidak dengar Q: Adakah kamu nampak apa ASP Zul buat kepada Azizan? A: Saya nampak Asp Zulkifili menyerahkan Azizan kepada Acp Mazlan Q: Siapa yang lakukan tangkapan? A: Asp Zulkifili Q: Adakah ASP Mazlan hadir bersama ASP Zul semasa tangkapan dibuat? A: Say hanya nampak ASP Zul menyerahkan suspect kepada Mazlan Q: Adakah ASP Mazlan hadir bersama ASP Zul semasa tangkapan dibuat? A: Saya tidak tahu Q: Apakah warna beg yang dipegang oleh Azizan? A: Saya tidak tahu Q: Adakah kamu bersama Zul bawa Azizan balik ke CK? A: Saya tidak memyertai ASP Zul membawa balik Azizan kembali ke CK Q: Adakah kamu seorang I.O. (Investigating Officer)dalam kes ini? A: Tidak Q: Apakah jenis rumah Azizan? A: Rumah Azizan ialah rumah teres satu tingkat Q: Sebelum kamu ke rumah, ada tanya tentang barang yg relevan di rumahnya? A: Tidak tanya Azizan apakah benda-benda yang relevan yang disimpan di rumahnya Q: DI rumah Azizan ada tak lain-lain orang? A: Yang turut menyertai ialah Lance Corporal Rahmat Q: Di rumah? A: Tiada Q: ID40 referred. Adakah alamat ini yang kamu pergi?(referring to address stated in diary) A: Bukan, ini bukan alamat yang saya pergi Q: Mengikut diari ini, alamat Azizan ialah di Jinjang? A: Kalau ikut alamat di diari, apa yang ditulis dalam ID40, begitulah alamatnya Q: Boleh beritahu Mahkamah mengapa pihak polis tunggu selama 4 jam sebelum memasuki rumah? A: Saya dapati tuan punya rumah tidak membenarkan kami masuk Q: Soalan ringkas, mengapa? A: Kerana tuan rumah saya dapati sedang berunding dengan Asp Zul Q: 4 jam untuk berunding, untuk melaksanakan arahan specific? A: Ya, walaupun saya ke sana dengan arahan specific Q: Ada law degree? A: Ya Q: Surely you know when people are resisting arrest you could go into house using reasonable force? A: Saya tahu Q: Tahu bahawa tuan rumah yang menghalang ada melakukan kesalahan? A: Lazimnya begitulah, seorang melakukan kesalahan jika menghalang sesuatu tangkapan Q: Kenapa Dr Ristina tidak ditangkap? A: Kena tanya ASP Zul Q: Adakah kamu nasihat ASP Zul menangkap Dr Ristina? A: Saya kurang ingat Q: Bukankah itu kewajipan kamu menangkap Dr Ristina? A: Pada malam itu, juga SAC 1 Musa telah pun berada di rumah Dr Ristina semasa Azizan dan Ummi diserahkan kepada ACP Mazlan Q: Jawap soalan saya? Are you not duty bound? A: Memandangkan ketua saya ada dimasa itu dialah yang patut megambil apa-apa tindakan Q: Jawap soalan saya? Are you not duty bound? Are you not duty bound? A: Pada waktu itu saya tidak terlintas berbuat-demikian Q: Adakah ternampak Ummi memegang apa-apa? A: Saya tidak tahu Q: I put you that there were some other reasons why the police took 4 hours to arrest Ummi and Azizan A: Saya tidak tahu Q: I put it to you that you are lying A: Saya tidak menyembunyi apa-apa Q: I put it to you that the people in the house were given special treatment? layanan istimewa? A: Saya tak faham istimewa. A: Tidak Q: I put it that the police were afraid to enter the house? Yang pihak polis takut untuk masuki rumahnya A: Tidak Q: Do you know that in Dato' Seri Anwar Ibrahim's arrest they broke down doors within minutes to affect arrest DPP : Objections, not relevant J: I have got not the question Chris : repeats question A: Yes, I know DPP : Objectios, he may not be there Judge : How did you know? A: From the newspaper Q: It is most unusual for police to wait 4.5 hours to effect arrest? A; Mungkin luarbiasa Q: I put it to you that these people in the house , Ristina, Ummi and Azizan were given special treatment and the police dare not move in because there are people who have cloud .. A: Saya tak setuju bahawa orang ini diberi layanan istemewa sebab itulah pihak polis tidak berani bergerak masuk kerana ada orang orang yang mempunyai pengaruh di belakang mereka RE-EXAMINATION Q: Pada hari tersebut adakah tanggungjawap kamu menangkap atau hanya bantu? A: Untuk membantu Q: Tadi bila ditanya kamu bukanlah seorang IO kes ini, adakah kamu juga bantu dalam siasatan kes ini? A: Benar J: Tapi bukan IO? A: Bukan Break for 15 minutes Gurbachan informs Court that he has no cross-examination questions for SP9. Gurbachan was handed the documents/list of items taken during the searches. SP11 Dato' Amir Yunus takes oath Examination in chief Age : 55 years Occupation: On vacation, waiting for retirement. Alamat : 185, Jalan AU2A, Taman Seri Keramat, 54200 Ampang Ulu Kelang, Selangor Q: Sejak bila berkhidmat degan PDRM? A: Sejak 1 Sept 1969 Q: Masih dengan PDRM? A: Sekarang cuti sebelum bersara Q: Sejak 1/9/69 sentiasa di CK? A: Sebahagian besar dari perkhidmatan saya ialah di dalam CK, cuma daripada 9/2/98 hingga 21/9/98 saya sebagai Persuruhjaya Polis Sabah Q: Adakah kamu ada izajah atau diploma? A: Basic Form 5 tetapi semasa di dalam pasukan, saya telah ambil diploma Sains Kepolisan Q: Sebelum 9/2/98, adakah kamu menjawat jawatan Timbalan Pengarah 2, CK? A: Ya Q: Sejak bilakah memegang jawatan tersebut sejak bila? A: 3/2/97 - 6/2/98 Q: Sebelum 3/2/97, apa jawatan kamu pegang? A: Saya telah memegang jawatan penolong pengarah operasi CK Q: Sejak bila? A: Sejak 6/6/95 Q: Sebelum ini? A: Saya menjawat jawatan Ketua Cawangan Khas, Sabah, sejak 22/12/92 Q: Apa bidang tugas sebagai TP2? A: Ialah mengumpul maklumat-maklumat mengenai anchaman ke atas keselamatan negara, di samping itu, saya juga membantu pengarah CK dalam melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Q: Siapakah Pengarah pada masa itu? A: Pengarah ialah Dato' Said Awang (SP1) Q: 8/8/1997, lebih kurang 8 malam, apa yang berlaku? A: Saya telah pergi ke rumah IGP Tan Sri Rahim Noor di atas arahan beliau Q: Apa yang berlaku di rumahnya? A: Tan Sri Rahim telah pun menyatakan pada saya pada pagi 8/8/97 Dato' Seri Megat Junid telah datang ke pejabat IGP dan menyerahkan sepucuk surat prihal salah laku TPM DSAI yang mengandungi satu lapuran khas dan satu akuan bersumpah dan surat ini dialamatkan kepada YAB PM Q: Ada apa-apa yang dimaklumkan? A: Dia ada menyatakan yang di dalam surat ini mengandungi dakwaan yang DSAI mempunyai hubungan sejenis dengan seorang lelaki yang bernama Azizan bin Abu Bakar A: Ada juga dakwaan … G: Objections 1. All hearsay 2. The letter is already an exhibit, no useful purpose to go through the letter Gani: At that time, he did not have the letter. J: This is just to show that a statement was made. Gurbach: There may be publication on the contents, and that is prejudicial. Your lordhip had also previously made a ruling against this. J: That was regarding the anonymous letter. Please continue A: Ada juga dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar binti Taharin, isteri kepada setiausaha sulit Dato' Seri Anwar bernama Mohd Azmi bin Ali A: IGP juga beritahu saya bahawa surat ini telah ditandatangani oleh seorang perempuan bernama Ummi Hafilda binti Ali dan lapuran ini mengandungi 2 lampiran Q: Seterusnya, ada arahan dari IGP? A: Dia mengarahakan saya untuk "sila siasat sejauh manakah surat ini tersebar dan latarbelakang penulis, iaitu Ummi dan Azizan." Q: Pada 9/8/97, lebih kurang 10 pagi apa berlaku? A: Pada 9/8/97, lebih kurang 10 pagi, saya telah menalipon ACP Mazlan dan bertanyakan pada beliau samada pihak cawangan khas mendapat sebarang maklumat mengenai surat perihal salahlaku TPM dan skandal seks Q: Apakah jawatan ACP Mazlan? A: ACP Mazlan adalah sebagai pengarah operasi (SP7) Q: Ada tak SP7 menjawap apa-apa? A: Bahwa setakat ini, beliau belum lagi mendapat sebarang maklumat mengenai surat prihal salah laku DPM dan juga skandal seks Q: Ada apa-apa arahan lain? A: Saya telah mengarah SP7 untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan surat pri-hal salah laku dan skandal seks dan menalipon balik saya, mentaklimatkan saya Q: Bila ? A: SP7 menalipon kpd saya jam 2.00 ptg pada hari yang sama Q: Apa yang SP7 memaklumkan kpd Dato'? A: Bahawa CK telahpun mendapat maklumat mengenai surat tersebut tetepi mereka belum lagi dapat mengesan surat dan di samping itu SP7 memberitahu saya juga 1992, satu operasi telah dilakukan olehnya yang bertajuk Solid Grip Gurbach: Can I request that the evidence stops there. Gani: It is not hearsay, he is aware of it … Gurbach: It is hearsay, "dia memberitahu saya". In any event, irrelevant. Gani : 2 issues: 1. Similar fact evidence 2. Bad character (Gurbachan ask to submit on the issue of good/bad character, judge defers making a ruling) Q: (Expunged subsequently ) A: (Expunged subsequently ) Gurbach: Sorry to interupt, we strongly object. This witness has not stated that he has personally participated in the operations J: I have asked if he had personal knowledge Gani: He is the TP2, he has access to records J: Does he have personal knowledge? A: (Expunged subsequently) G: We must object. You had ruled earlier that Solid Grip was irrelevant J: But if it is inadmissible it will remain inadmissible. G: If it is not admissible then your L/s should not even hear it at all Gani : Page 1338 Sarkar on Evidence "When a question is ruled out ….. the examiner should accept …" On the issue of bad character, he raised that there was no evidence of good character… May I read my notes "Datuk Alias….. (evidence of Datuk Alias read out) …" Judge : I will allow it now, it may be inadmissible later. Gurbach: Then, I must remind you that you have made the ruling that Solid Grip was irrelevant, you have to stick to that ruling. J: I am allowing that question Q: Expunged subsequently A: Expunged subsequently Gani: May we adjourn for lunch and resume later? Sulaiman : ask for an order for non-publication, in case it ought to be expunged J: That the reports should not include Solid Grip Break for lunch 12.30pm RAA and Chris & Gani & Azahar in Judge's Chambers Hearing resumes 2.40 pm Gurbachan : In respect of argument on good or bad charcter, we are applying that the evidence of SP4 with regards the Accused's good character be expunged. Gani: We had a discussion, no objections to the application. We also ask that the evidence on Solid Grip be expunged from the record. Judge : I will allow the application, this to serve the as a caution to counsel on how they examine/cross Q: Pada 10/8/97 lebih kurang 10 mlm, apa yang berlaku? A: Saya bersama SP7 telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan berjumpa dengan SP1 dan telah memberi taklimat kepada SP1 Q: Apakah taklimatnya? A: Saya telah mengatakan pada SP1 bahawa pada 8/8/97 IGP telah memanggil saya dan memberi tahu tentang surat perihal salah laku DPM dan juga arahan IGP kepada saya. Kemudian SP7 telahpun mentaklimatkan tentang operasi solid grip. Q: Setelah taklimat itu diberi, apakah arahan? A: Untuk menyediakan satu taklimat yang terperinchi mengenai maklumat-maklumat yg diperolehi berkenaan dengan surat perihal salah laku TPM dan juga Solid Grip. Q: Pada 11/8/97, lebih kurang 7.00 pagi, apa yang berlaku? A: Lebih kurang 7.30 pagi dengan SP7 telahpun pergi ke pejabat SP1 dan mentaklimatkan SP1 berkenaan dengan risikan dan intelligence dan maklumat surat perihal salah laku TPM. SP7 mentaklimatkan secara mendalam operasi solid grip Q: Jam 9 pagi apa yang berlaku? A: Pada jam 9.00 pagi SP1 telah mengarah saya dan SP7 pergi ke pejabat IGP utk mentaklimatkan kpd IGP Q: Adakah kamu & SP7 pergi ke pejabat IGP? A: Ya, pada jam 9 pagi Q: Adakah taklimatnya sama, antara SP1 dan IGP A: Kami memberi taklimat yang sama Q: Apa yang berlaku selepas itu? A: Setelah takmlimat di beri, IGP telah berikan satu salinan surat prihal salahlaku TPM bersama lapuran khas dan akuan bersumpah Refer to ID14 A, B, C Q: Adakah ID14 ini yang mengandungi lapuran khas? A: Ya, yang diberi oleh IGP Q: Ada baca? A: Saya telah membaca A, B and C selepas menerima Q: Ada rahan IGP? A: IGP telah mengatakan sila siasat seluas man surat ini disebar dan monitor the situation Q: Pada 12/8/97 jam 300petang apa berlaku? A: Pada 12/8/97, sekitar 300petang, saya bersam SP7 telah dipanggil ke pejabat SP1untik berbincang mengenai ID14 secara terperinci. Saya telah merujuk salinan awal ID14 yang saya perolehi dari IGP Q: Selepas berbincang, apa berlaku? A: Pada 1640 hours hari yang sama, saya bersama SP1 dan SP7 telah pergi ke pejabat IGP untuk mentaklimatkan perkembangan dan maklumat yang diperolehi Q: Apa taklimatnya? A: Saya mentaklimatkan bahawa ID14 tidak begitu tersebar luas dan penulisnya Ummi sedang berusaha untuk menengahkan surat kepada YAB PM Q: Ada arahan dari IGP? A: Selepas itu, IGP mengarahkan kami untuk membuat enquiry berkenaan ID14 Q: Pada hari yang sama 12/8/97 apa yang berlaku, 8pm? A: Pada jam 8 malam saya telah menerima panggilan talipon dari Zul Aznam yang menyatakan bahawa Tertuduh hendak berjmpa saya dan SP1 pada jam 1.00 mlm Q: Ada kata mana berjumpa? A: Zul Aznam ada mengatakan tempat perjumpaan adalah di rumah kediaman rasmi tertuduh Q: Adakah kamu memaklumkan pada Dato' Said? A: Saya telah memberitahu SP1 melalui talipon tentang perjumpaan yang hendak diadakan pada malam itu. Q: Adkah kamu dan SP 1 pegi ke rumah Tertuduh oada malam itu? A: Ya, seperti yang diarahkan Q: Apabila sampai ke rumah tertuduh, SP1 dan saya bertemu dengan Tertuduh. Q: Setelah bertemu dengan tertuduh ada dibawa kemana mana bilik? A; Kami di bawa ke bilik bacaan. Q: Selain dari kamu, SP1 dan Tertuduh ada sesiapa lagi orang lain di bilik itu? A: Tiada Q: Apa yang berlaku di dalam bilek itu? A: Semasa di bilik bacaan, Tertuduh telah pun memaklumkan kepada kami berkenaan dengan ID14 dan bertanya samada kami juga mendapat ID14 ini Selain dari itu, Tertuduh telah pun mengatakan bahawa surat ini yang ditulis oleh Ummi Hafilda dan Tertuduh telah menceritakan tentang masalah Ummi dengan keluarganya Q: Pada masa itu apakah jawatan Tertuduh? A: TPM dan Menteri Kewangan Q: Pada waktu di bilk bacaan apakah yang kamu mengatakan? A: Kami telah memaklumkan kpd Tertuduh bahwa ID 14 ini, kami telah memperolehi salinannya dari IGP Q: Seterusnya apa berlaku? A: Tertuduh mengarahkan kami mengesan Ummi dan Azizan serta mencungkil mengapa dia membuat dakwaan ini. Q; Adakah kamu megatakan apa-apa? A; SP1 telah megatakan "we will look into the matter" Q: A: Pada 13/8/97 lebih kurang 9.30 pagi saya bersama SP1 telah dipanggil ke pejabat SP1 untuk berbincang macam mana hendak monitor Ummi dan Azizan dengan secara lebih berkesan Setelah berbincang saya telah memberi arahan kepada SP7 untuk mengenal pasti Ummi dan Azizan dan extent of coverage. Q: Disebelah malam apa yang berlaku, 13/8/97? A: Saya telah menerima talipon drp ASP Zull Aznam utk ke rumah tertuduh, jam 10mlm. Q: Adakah Zull yang suruh? A: Saya dapat talipon dari Zul mengatakan Tertuduh ingin berjumpa saya dan SP1. Q: Adakah Dato Said dan kamu pergi ke rumah Tertuduh pada jam 10 mlm? A: Ya Q: Adakah kamu berjumpa dengan Tertuduh di rumah tertuduh? A: Ya Q: Apabila berjumpa dengan Tertuduh, apa berlaku? A: Kami dibawa ke bilik bacaan Q: Ada sesiapa di bilik bacaan? A: Selain dari SP1, saya dan Tertuduh tak ada sesiapa lain Q: Apa ynag berlaku di dlm bilik bacaan berkenaan? A: Kami berbincang mengenai ID14 dan kami juga megatakan bahawa kami belum lagi dapat mengesan Ummi dan Azizan. Q: Ada apa-apa lagi? A: Saya telah memaklumkan bahawa ID14 yang kami perolehi ialah diberi kepada IGP oleh Datuk Megat Junid Q: Apa yang berlaku seterusnya? A: Tertuduh telah mengarah kami untuk memgesan Ummi dan Azizan dengan secepat mungkin dan menemuduga mereka; dan gempar mereka Q: Apabila Tertuduh mengatakan gempar,apa yang kamu fahamkan? A: Daripada air muka, nada dan suara, saya yang berasal dari PP, perkataan gempar yang dimaksudkan adalah untuk menakutkan Q: Tahu mengapa diminta mengemparkan? A: Dari permintaan ntuk mengempar Ummi dan Azizan supaya mereka tidak menyebarkan dakwaan-dakwaan yang terkandung dlm ID14 Witness showed new document 14/8/97 Q: Apa itu nota fail? A: Apabila ada kejadian, perjumpaan dan … ia akan dicatitkan dan akan disimpan dalam fail saya dan akan disimpan di pejabat CK Gani: Rahsia has been crossed, now a declassified document File note dated 14/8/97 and signed by SP11 marked ID(P) 42 Gani reads the file note. Q: Pada 15/8/97 lebih kurang 9.30 pagi apa berlaku? A: Saya bersama SP7 telah dipanggil ke pejabat SP1 Q: Apa yang dibincangkan? A: Mengenai adakah perlu lapuran polis dibuat memandangkan arahan-arahan yang diberi oleh Tertuduh supaya kami dapat melaksanakan dengan sempurna Q: Didalam perjumpaan tersebut adakah SP7 memaklumkan apa-apa? A: SP7 memaklumkan mengenai siasatan ke atas ID14 serta terdapat satu surat layang iaitu talqin terbuka untuk Anwar Ibrahim, telah tersebar Q: SP7 juga telah …(check) Q: Didlm perjumapaan ini ada maklumkan apa-apa? A: Saya telah dapat panggilan talipon dari ASP Zul Aznam yang mengatakan saya dan SP1 dikehendaki pergi ke rumah tertuduh pada jam 2 ptg Q: Siapa yang beri arahan ini? A: Arahan ini diberi oleh Tertuduh melalui Zul Aznam Court adjourns 4.00pm
If you have additional comments and views, please e-mail hakim_rakyat@hotmail.com |