BAHAGIAN PENGUATKUASA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN
DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Cawangan Kluang, Johor.
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Kesedaran Mengkritik
Jika sesuatu barang atau perkhidmatan
yang diterima
tidak sempurna, pengguna harus
menyuarakan
pendapat bagi mendapatkan barangan
yang sempurna
Penglibatan dan Tindakan
Pengguna harus libatkan diri
dalam kegiatan-kegiatan
sosial yang memelihara kepentingan
pengguna dan
mengambil tindakan yang berasaskan
penyelidikan
serta pengetahuan yang sempurna
Tanggungjawab Sosial
Pengguna harus bertindak dengan
rasa tanggungjawab
sosial dengan kewajipan dan
bertimbangrasa supaya
tindak-tanduk mereka tidak menjejaskan
golongan rakyat
yang kurang bernasib baik.
Tanggungjawab Alam Semulajadi
Pengguna perlu kesedaran terhadap
pentingnya alam
sekitar dan tidak melakukan
sebarang tindakan yang
boleh menjejaskan hidup sekarang
dan juga pada masa
hadapan.
Bersatu-padu
Pengguna harus mempunyai semangat
bekerjasama
dan bersatupadu supaya melahirkan
kekuatan dan
perhatian supaya kepentingan
pengguna dapat dijaga.
ke laman utama