Zainol Abidin Bin Din

Pengarah Kastam Negeri

Pulau Pinang

       Salam sejahtera dan selamat melayari laman web Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja , Pulau Pinang , seterusnya berkenalan dengan lebih dekat dengan jabatan kami melalui dunia siber dan multimedia.

 

      Harapan kami agar tuan / puan akan dapat mencapai maklumat-maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan objektif , visi , dan fungsi jabatan ini . Seterusnya menjadikan ia satu bahan rujukan bagi semua pihak dalam mengenali kami secara lebih dekat.

 

        Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan gelombang pergerakan ilmu yang memecah sempadan-sempadan geografi lantas mempercepatkan proses globalisasi . Untuk tidak ketinggalan dan menyedari hakikat ini pihak jabatan akan terus berusaha memperbaiki dan menampilkan laman web yang lebih bermutu , berinteraktif dan informatif pada masa depan.

 

        Adalah diharapkan interaktif masyarakat menerusi laman web ini akan dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan.

 

 

Sekian , selamat meluncur.