Nama saya Raihana. Di rumah dan dikalangan kawan-kawan mereka panggil saya ana sahaja. Ana anak yang ketiga dari tujuh beradik. Yang pertama kakak Azah (Hafizah). Beliau telah kembali ke Rahmatullah mengadap TuhanNya ketika berumur 9 tahun kerana diserang demam panas. Ana masih teringat disaat-saat terakhir keranda arwah diusung ke tanah perkuburan ketika itu ana berusia lima tahun Semoga beliau berbahagia didalam persemadiannya dan kita berdoa mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan dimasukkan kedalam syurga Allah.Aminnnnnn........

Yang kedua kakak Ara (Mastura). Satelah dikurniakan dua orang anak perempuan ibu ayah mengharapkan yang ketiga akan lahir seorang anak lelaki yang diharapkan bakal menyambung zuriat dan berdoa pada Allah semoga diperkenankan doa. Maka dengan izin dan kehendak Allah S.W.T. lebih kurang jam 10.00 malam hari Khamis bertarikh pada 29/8/19985 bertempat di kampung Bukit Kuching, Jeram Selangor saat-saat yang dinantikan telah tiba, selamatlah ibu melahirlah seorang insan ke dunia yang kemudian ayah menamakan Raihana. Begitulah.....Manusia hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa dan Allah juga merancang "Wamakaru wamakarAllah wallahu khairul makirin" manusia merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah yang pasti berjaya. Pun begitu ibu ayah tetap bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan dan apa yang juga yang Allah kurniakan kepada makhluknya itulah yang terbaik.

Diatas berkat kesabaran maka Allah kuriakan juga ibu ayah anak keempat kelima dan keenam berturut-turut dengan anak lelaki dan dinamakan Mohd Fakhruddin, Mohd Shaifuddin dan Abdul Rahman. Manakala yang ketujuh lahir pula anak perempuan yang diberi nama Amirah.. Agaknya adik Amirah ini sebagai menggantikan arwah kak Azah yang telah pergi tambahan pula wajahnya mirip muka arwahnya. Yang kelapan ......hemmmm kena tanya ibu ayah pulaklah........

Dalam membangunkan keluarga ayah ana sangat mengambil berat, lebih-lebih lagi yang melibatkan ugama umpamanya dalam bab sembahyang, pergaulan dan aurat di luar rumah, ayah sangat prihatin. Ana sangatlah bersyukur mempunyai ayah yang sangat mengambil berat hal-hal anak dan keluarga, disamping diberi pelajaran, pendidikan ugama ditekankan.

Olih sebab itu ayah mahukan Ana meneruskan pelajaran dalam bidang agama, lagi pun memang minat ana tambahan pula keputusan ugama yang agak baik ana memilih untuk memasuki sekolah agama. Sekarang ana sedang belajar di Sekolah Menengah Agama Jeram, Selangor dalam tingkatan satu.InsyaAllah ana akan menjadi manusia berguna insan yang baik dan ilmu agama yang dipelajari akan ana manfaatkan untuk kehidupan di dunia seterusnya untuk kebaikan di akhirat yang kekal abadi.


"Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari azab api neraka "
(Surah Al-Baqarah ayat 201)