Tafsir Al-Quran
Jumaat 17 Safar 1419/12 Jun 1998

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah An-Nisa' ayat 36

Bayi boleh bercakap

Juraij meminta anak yang baru dilahirkan itu datang bertemu dengannya bersama ibunya,
seorang pelacur lalu Juraij meletakkan jari telunjuknya di atas pusat anak berkenaan
sambil bertanya: "Wahai budak! Siapakah ayahmu?"

Allah mahu menolong Juraij yang juga merupakan seorang  wali-Nya yang ikhlas dengan
tiba-tiba sahaja kanak-kanak itu  menjawab: "Ayah saya ialah pengembala kambing."
Orang ramai menyaksikan `Karromah' (kemuliaan)  yang dikurnia Allah kepada Juraij
dengan peristiwa itu.

Penduduk sekitar perkampungan Juraij kembali mempercayainya dan ingin menggantikan
surau papan  yang dirobohkan dengan surau diperbuat daripada emas.

Bagaimanapun Juraij menolak tawaran itu sebaliknya meminta mereka membina surau
seperti yang telah dirobohkan.Kisah ini menunjukkan betapa wajibnya kita menunaikan
tanggungjawab  berbuat baik kepada  dua ibu bapa  keduanya tidak menganut Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Redha Tuhan di dalam keredhaan kedua ibu
bapa. Murka Tuhan di dalam kemarahan kedua ibu bapa."Bagaimana pula sekiranya
kedua ibu bapa sudah meninggal dunia? Kita boleh berbakti dengan  dengan berdoa
kepada Allah supaya diberi rahmat, diampunkan dosa mereka, bersedekah, mengerjakan
amal kebajikan dengan niat disampaikan kepada mereka di samping  berbuat baik kepada
kawan-kawan mereka.Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah berbuat baik kepada
kaum keluarga." (Surah an-Nisa': 36).

Kaum keluarga yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang mempunyai hubungan silatur
rahim dengan kita sama ada di pihak adik beradik seibu sebapa ataupun di pihak ibu,
bapa, bapa saudara, sepupu dan lain-lain.Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Berbuat baik
kepada anak-anak yatim." (Surah an-Nisa'; 36)

Anak-anak yatim yang dimaksudkan ialah kanak-kanak yang belum baligh yang ayah
mereka meninggal dunia. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang-orang miskin."
(Surah an-Nisa': 36) I

aitulah orang-orang yang memerlukan pertolongan kerana menghadapi kesempitan hidup
termasuk kekurangan harta benda, pendapatan tidak mencukupi untuk membiayai
keperluan hidup diri dan keluarga mereka.

Mereka yang berkenaan perlu dibantu dengan menghulurkan bantuan seperti kewangan
dan lain-lain sehingga mereka berupaya melepasi diri dari belenggu kemiskinan.Firman-
Nya lagi yang bermaksud: "Dan jiran tetangga yang hampir dan yang jauh." (Surah an-
Nisa' : 36).

Terdapat kekhilafan di kalangan ulama' dalam mendefinisikannya. Ada ulama'
menyatakan yang dimaksudkanya ialah jiran di kalangan kaum keluarga dan jiran bukan
di kalangan mereka berkenaan termasuk yang bukan Islam.

Mengikut Nauf asy-Syami yang dimaksudkan dengan jiran yang hampir ialah jiran yang
muslim manakala jiran yang jauh pula ialah jiran di kalangan bukan Islam termasuk
Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain lagi.

Mengikut Islam, kita mesti berbuat baik kepada jiran bukan Islam walaupun mereka
bukan seagama dengan kita. Terdapat banyak hadith yang membicarakan tentang berbuat
baik kepada jiran tetangga.