|
Januari 1970 : Sek. Men. Vokasional Pertanian Chenor (SMVPC) telah dibuka dan ditempatkan di kawasan yang sama dengan SMRKC. Keadaan ini menyebabkan pelajar kedua-dua buah sekolah ini terpaksa berkongsi satu bumbung dan kemudahan dari meja pengetua hinggalak ke dapur asrama. Hanya pada 1972, SMRKC berpindah ke bangunan baru yang menempatkan SMTAA kini. Januari 1973 : 540 pelajar telah mendaftarkan diri dan 65% ditempatkan di asrama. Persekolahan dua sesi dijalankan kerana kekurangan bilik darjah. Tumpuan pelajar kebanyakan dari penduduk kampung tradisional Mukim Chenor. 17 Mei 1975 : KBYMM Sultan Pahang berangkat ke SMRKC telah membawa rahmat yang besar dengan memberikan peruntukan khas untuk pembangunannya. 4 Julai 1976 : KDYMM Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang seklai lagi telah mencemar duli untuk merasmikan SMRKC dan mulai detik ini sekolah ini dengan rasminya dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH TENGKU AMPUAN AFZAN CHENOR. |
Cogankata sekolah ini menegaskan bahawa sekolah sebagai Institusi Budaya Ilmu Tinggi yang sewajarnya memainkan peranan untuk membentuk pelajar berilmu bagi mencapai kejayaan yang menjadi asas kebahagiaan. Ia diharapkan membentuk budaya menghargaiilmu yang membawa kebahagiaan selutuh manusia yang ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. |
|
|
|