Dengan keluasan 40 hektar (100 ekar), Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan di
antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia. Kedudukannya adalah
sangat strategik, iaitu dalam lingkungan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. KLCC lahir dari
impian untuk menyediakan tempat untuk orang ramai bekerja, tinggal, lawatan, membeli-belah
dan hiburan serta untuk menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan dalam suasana
persekitaran yang indah. Pembangunan untuk pelbagai tujuan ini akan menjadi mercu tanda
yang baru dan menyediakan lebih dari 1.67 juta meter persegi (18 juta kaki persegi) untuk
tujuan komersial, perniagaan, perhotelan, tempat penginapan dan hiburan dengan adanya
taman yang disediakan.
Pada tahun 1990, satu pertandingan peringkat antarabangsa telah dianjurkan semata-mata
untuk memilih pelan utama untuk projek tersebut. Ianya telah berjaya dimenangi oleh
Klages, Carter, Vail and Associates sebuah organisasi dari Amerika Syarikat dan
berdasarkah pelan inilah projek KLCC ini dibina secara berfasa. Pelan utama KLCC ini
memperuntukkan sebanyak 22 tempat untuk tujuan pembangunan komersial dan ianya ditempatkan
dalam lingkungan sebuah taman pusat yang besar. Taman ini merupakan hasil kerja seni
seorang pakar landskap yang terkenal dari Brazil iaitu mendiang Roberto Burle Marx.
Kerja-kerja Pembangunan Utama di sebelah Barat Laut
Kerja-kerja Pembangunan lain yang termasuk dalam Pembangunan Fasa Satu
Kerja-kerja pembangunan ini adalah di bawah kendalian Kuala Lumpur City Centre Berhad, dan dipunyai sepenuhnya oleh KLCC (Holdings) Berhad. KLCC (Holdings) Berhad merupakan sebuah syarikat pelaburan dan pembangunan di mana PETRONAS, sebuah syarikat petroleun mempunyai ekuiti sebanyak 49.5 peratus; manakala 48 peratus dipegang oleh MAI Holdings Group; dan 2.5 peratus lagi dipegang oleh pemegang-pemegang syer minoriti yang lain.
Menara Kembar Petronas
Terletak di hujung sebelah Barat Laut dalam lingkungan 100 meter dari kerja-kerja pembangunan tersebut. Bangunan yang setinggi 452m ini telah disenaraikan oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat sebagai banguna yang tertinggi sekali di dunia.
Rekabentuk banguna ini, telah dicipta oleh seorang ahli arkitek yang sangat terkenal iaitu Cesar Pelli, yang telah dipilih semasa pertandingan peringkat antarabangsa pada tahun 1991. Plat lantai bangunan 88 tingkat ini direkabentuk berdasarkan bentuk geometri yang merupakan hasil seni bina warisan Islam. Hiasan dalaman, bentuk dan bahan-bahan binaan yang digunakan juga melambangkan identiti Malaysia.
Manakala bahagian luarnya pula direkabentuk seolah-olah bentuk reben yang mendatar terbina dari kaca lutsinar dan keluli. Skybridge yang sepanjang 58.4 meter pada paras 41 dan 42 menjadi penghubung di antara menara kembar tersebut. Ianya juga berada pada paras ketinggian 170 meter daripada aras permukaan jalan dan dengan sokongan yang berbentuk gerbang.
Menara Kembar PETRONAS ini mempunyai luas kawasan 341,760 meter persegi (3.7 juta kaki persegi). Pengangkutan menegak utama ini dikendalikan oleh 29 buah lif berkelajuan tinggi untuk setiap menara.
Kerja-kerja penanaman cerucuk dan pembinaan tapak untuk Menara Kembar ini telah dimulakan pada bulan Mei 1993 dan pada bulan April 1996, apabila bahagian puncak menara ini dinaikkan, ketinggian Menara Kembar ini telah mencapai 452 meter.
Pusat Penyejukkan Kawasan
KLCC adalah merupakan projek pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah ini, dimana ia dibekalkan dengan sumber tenaga primer untuk sistem penghawa dingunnya. Kedua-dua pusat yang terdapat di sini menggunakan R-134A sebagai penyejuk untuk menggantikan chlorofluorocarbons (CFC) yang telah diharamkan penggunaannya oleh Protokol Montreal.
Pusat penyejukkan Kawasan ini dilengkapi juga dengan air yang telah disejukkan daripada sistem penyejukkannya untuk tujuan penghawaan dinginnya. Untuk memastikan kecekapan bekalan tenaga, pusat ini juga telah menggunakan sistem yang boleh menghasilkan dua tenaga yang berguna daripada sumber yang sama. Proses ini melibatkan penggunaan janakuasa turbin gas untuk menjana tenaga elektrik. Ia kemudiannya menggunakan tenaga haba yang terbebas daripada janakuasa turbin gas tersebut untuk menghasilkan wap.
Pusat ini mempunyai empat 5,000 ton penyejuk (RT) Electrical Centrifugal Chillers, tiga 5,000 RT Stream Turbine Centrifugal Chillers, dua MW Co-generation Units dan 47 ton/jam Auxillary Boilers.