KATA-KATA ALUAN PENGETUA
Politeknik
Port Dickson ( PPD )
diwujudkan
berdasarkan sokongan ke atas kenyataan yang telah disampaikan oleh Y.A.B.
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia untuk mencapai
taraf kecemerlangan di dalam bidang pendidikan dan latihan di dunia. Visi
yang dihasratkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri itu telah menjadi asas untuk
perancangan strategik dan operasi Politeknik Port Dickson.
Politeknik Port Dickson
telah bertapak di Km 14, Jalan Pantai selama 9 tahun sejak tahun 1990.
Nilai dan dasar kami adalah mengfokuskan PPD menjadi sebuah institusi pengajian
tinggi bertaraf dunia - yang mana ia akan dikenali sebagai institusi yang
mempunyai pendidikan berkualiti. Pelajar-pelajarnya didedahkan dengan cabaran-cabaran
di mana cabaran-cabaran itu boleh disempurnakan dengan tindakan yang bijak
dan menuju kecemerlangan. Kami juga ingin menjadikan pengalaman belajar
di PPD sebagai yang terbaik untuk pelajar-pelajar.
Pencapaian yang kami kecapi,
selama PPD beroperasi sejak tahun 1990 boleh dibanggakan. Kami telah pun
melahirkan hampir 6000 lulusan di peringkat diploma dan juga sijil dalam
bidang kejuruteraan dan juga perdagangan. Tahun-tahun yang yang akan
datang kami cuba untuk memperbaiki lagi kelemahan dan
kesalahan-kesalahan yang
berlaku selama ini demi menaikkan taraf sebagai institusi pengajian tinggi
bertaraf dunia. Kami akan cuba mengatasi segala masalah yang dihadapi yang
mana ia merupakan sebahagian daripada proses perjalanan kami menuju ke
arah kecemerlangan. Kami juga sedar bahawa masih banyak lagi yang perlu
dilakukan untuk meletakkan PPD ke landasan yang tepat dan jitu. Saya yakin
saya boleh terus bergantung kepada komuniti PPD untuk bekerja sebagai satu
pasukan serta sokongan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menjadikan PPD sebagai salah satu " Institusi pengajian tinggi bertaraf
dunia ".
Ir. Khor Bok Chim
Pengetua Politeknik Port Dickson |