Politeknik
Port Dickson yang sudah 8 tahun bertapak di Km 14, Jalan Pantai iaitu hanya
2 kilometer sahaja dari pantai terkenal Teluk Kemang. Bermula pada Julai
1990 hingga sekarang, Politeknik Port Dickson telah pun melahirkan hampir
6000 lulusan di peringkat diploma dan juga sijil dalam bidang kejuruteraan
dan juga perdagangan. Mereka semua adalah merupakan eksekutif muda ataupun
pembantu teknik ataupun juruteknik yang rajin, berdedikasi serta memiliki
kemahiran yang dikehendaki oleh kebanyakan industri. Tidak kurang juga
antara mereka yang telah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
di institut pengajian tinggi di Malaysia mahupun di luar negara.
Setakat ini terdapat 11 buah politeknik yang dipayungi oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Politeknik Port Dickson adalah yang ketujuh dibina
oleh kerajaan bagi memenuhi permintaan tenaga kerja oleh pihak awam mahupun
pihak swasta.
Politeknik
Port Dickson mula beroperasi pada Julai 1990 dengan kapasiti 41 orang kakitangan
dan 427 orang pelajar. Sebanyak 6 kursus telah ditawarkan pada waktu tersebut.
Sehingga Julai 1998 (selepas 8 tahun), politeknik ini telahpun menghasilkan
hampir 6000 lulusan. Kapasiti pada waktu ini ialah 183 orang kakitangan
dan 2100 orang pelajar. Sebanyak 16 kursus ditawarkan, iaitu 8 kursus di
peringkat diploma dan 8 kursus di peringkat sijil. Pembaharuan-pembaharuan
untuk meningkatkan lagi taraf pembelajaran serta Politeknik Port Dickson
sendiri sentiasa dilakukan bagi memenuhi keperluan semasa.
Kembali
Ke Menu Utama