Program e-learning merupakan salah satu program
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menyokong usaha pembestarian
sekolah. Dengan adanya program ini, para pelajar dan guru boleh
mendapatkan pelbagai sumber rujukan pembelajaran dan pengajaran secara
online pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja mereka berada.
Pelajar boleh belajar secara
akses kendiri menerusi nota-nota, sumber laman web berunsurkan
pendidikan dan menjawab soalan atau kuiz yang disediakan oleh guru-guru
secara online di laman web sekolah. Guru-guru pula telah menyediakan
pelbagai bahan pembelajaran seperti nota berbentuk PowerPoint,
CD-Courseware dan sebagainya.
Para ibubapa turut dapat
memantau aktiviti pembelajaran anak-anak mereka di rumah menerusi
ruangan e-learning yang disediakan di laman web ini.
Sila klik pada mana-mana
pautan di bawah untuk meneruskan aktiviti pembelajaran: