Buletin 2002

Tahun ini merupakan satu tahun yang menggalakkan bukan sahaja dari segi enrolmen sekolah tetapi juga kelengkapan sekolah.

Pada tahun ini ,enrolmen telah meningkat dari 71 orang ke 100 orang murid. Ini adalah kejayaan yang dicapai dengan adanya kerjasama yang erat daripada Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG serta bekas murid sekolah ini.

Bangunan baru dua tingkat sedang dalam proses pembinaan dan dijangka  disempurnakan pada bulan Mei 2002. Saat itu memang ditunggu-tunggukan oleh semua warga sekolah  ini. Pada masa ini murid-murid sedang belajar di dalam KONTENER, dalam keadaan yang kurang sihat kerana sering kala dibanjiri habuk.