SEJARAH SJK(C) YOK ENG

Sekolah ini telah diasaskan pada 15 Oktober 1920 oleh beberapa pemimpin  tempatan. Bangunan yang cuma satu bilik darjah ini berupa papan dengan atap. Terdapat seorang guru dengan murid seramai 30 orang.

Pada pemerintah Jepun, sekolah ini ditutup. Ia dibuka semula pada tahun 1947 dengan bilangan murid lebih kurang 40 orang.

Mulai 1956, gaji guru dibiayai oleh kerajaan .Pada tahun 1958, sekolah ini menjadi sekolah bantuan penuh.

Bangunan sekolah diperbesarkan pada tahun 1958 untuk menampung bilangan murid yang telah bertambah menjadi 60 orang. Bilangan bilik darjah menjadi 3 buah. Pada tahun 1960, bilangan murid meningkat ke 100 orang dengan 6 orang guru.

Bilik guru besar dan perpustakaan dibina pada tahun 1989.Dengan peruntukan yang diberi oleh Jabatan Pendidikan, PIBG dan MCA,sebuah gelanggang serbaguna dan tandas juga dibina dan pagar dibaikpulihkan.

Pada tahun 1994,peruntukan RM30,000.00 dari kerajaan digunakan untuk memperbaiki bangunan fizikal sekolah dan pamasangan letrik dan air.

Pada tahun 1997, para ahli PIBG mengadakan Projek Kecil Gotong-royong untuk menggantikan zing bumbung bangunan dan saluran air.

Pada tahun 1999, enrolmen murid menurun lagi. Enrolmen sebanyak 31 orang merupakan enrolmen paling rendah sekali.Pihak sekolah mengadakan Hari Kanak-Kanak secara meriah dan YB Liew You Wei telah merasmikan majlis tersebut.

Pada tahun 2000, pihak PIBG dan LPS bekerjasama mengadakan Majlis Ulangtahun Ke 80 untuk memeriahkan suasana sekolah dan mengharumkan nama sekolah.Enrolmen meningkat dari 31 ke 56 orang.

Pada tahun 2001, enrolmen meningkat dari 56 ke 72 orang. Pencapaian UPSR sangat memuaskan dan berkedudukan ketiga di daerah dan Kelima di peringkat negeri dengan peratusan kelulusan 87.5%. Tee Sze Ting memperolehi 6A. 

Pada Nov 2001, pihak JKR mengarahkan blok bangunan lama dirobohkan kerana serangan anai-anai yang ketara. Projek bina semula dipohon dan diluluskan pada bulan Oktober. Maka blok lama dirobohkan dan kerja pembinaan dimulakan. Projek dijangka siap pada 25 Mei 2002.   

Pada 01 Januari 2002. enrolmen meningkat lagi , dari 72 ke 100 orang.