Lambang
Kebesaran Dan Kedaulatan Negara
Tanda Berkabung
Tanda Menghormati Jenazah
Lambang Kebesaran Dan Kedaulatan Negara
Dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas peristiwa tertentu. Arahan mengenai pengibaran bendera setengah tiang ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa negeri bagi negeri-negeri yang berkenaan.
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah:
- Kemangkatan Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
- Kemangkatan DYMM Raja-Raja atau DYMM Raja-Raja Permaisuri.
- Kematian Tuan-Tuan Yang di-Pertua Negeri atau isteri.
- Kematian YAB Perdana Menteri atau YAB Pemangku Perdana Menteri.
(Pada hari pengisytiharan kemangkatan / kematian hingga hari pemakaman / pengkebumian)
Kedudukan Pengibaran Bendera Separuh Tiang
Jalur Gemilang boleh digunakan bagi menutup keranda di dalam istiadat Pemakaman / Pengkebumian Negara.
Ia digunakan juga bagi menutup keranda ketika membawa pulang jenazah seperti berikut dari luar negara:
Pembesar-Pembesar Negara
Duta-Duta Malaysia
Anggota Tentera yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas
Bendera Malaysia- Jalur Gemilang digunakan untuk menutup keranda jenazah Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai penghormatan terakhir negara.