Pengenalan Kepada Kumpulan TM2 |
Pada masa ini terdapat lebih daripada 3000 peserta sedang mengikuti
KDPK di institusi dan maktab-maktab perguruan seluruh negara. Di Institut
Perguruan Darulaman, terdapat dua kumpulan yang mengambil bidang pengkhususan
Teknologi Maklumat (TM) iaitu TM1 dan TM2, masing-masing terdiri daripada
21 dan 20 orang peserta.
Kumpulan TM2 yang dibentuk pada 1 Julai 1996, memilih satu pendekatan yang
agak berbeza daripada amalan biasa. Pengurusan kumpulan ini dilaksanakan
berasaskan konsep pengurusan korporat.
Kumpulan ini dibarisi oleh satu Lembaga Pengarah di bawah naungan Penasihat
Kumpulan. (Pensyarah Penasihat)
Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada; Ketua Eksekutif, Naib Ketua Eksekutif,
Setiausaha Eksekutif dan Akauntan Eksekutif Kumpulan. Selain itu, Lembaga
Pengarah turut dianggotai oleh Ketua-ketua Sektor Sosial & Kebajikan,
Agama, Ekonomi, Pendidikan.
Bersesuaian dengan konsep pengurusan ala-korporat, Kumpulan TM2 telah berjaya menubuhkan beberapa 'anak syarikat' sama ada secara milik penuh ataupun subsidiari. Anak-anak syarikat ini berperanan memberi khidmat sokongan ke arah pengurusan kumpulan.
Nama Anak Syarikat | Bidang Perkhidmatan | Pengurus |
---|---|---|
|
Pendidikan Tambahan Luar Kampus | Habib Che Rus |
|
Bengkel dan Diskusi | Ahmad Fauzi Hj. Mohamad |
|
Kerja-kerja rekabentuk, grafik, menerbitkan Buletin TM2 (hardcopy & On-line) serta pengendali Hompej TM2 | Ahmad Zuber Mohd Said (Lelabah@spidey) |
|
Mengendali urusan Pengagihan Assignments | Noor Azizan Mohd Isa |
|
Selenggaraan Peralatan Elektrik | Zainal Abidin Said |
|
Perakaunan & Pengauditan | Teh Bee Suan |
Mungkin, inilah satu-satunya kumpulan kursus yang menjalankan kegiatannya
berkonsepkan pengurusan korporat.
Terserah kepada anda untuk membuat penilaian.