JAWATANKUASA PENGADIL SAFA DAERAH KENINGAU
JADUAL / RANCANGAN / AKTIVITI TAHUNAN AHLI-AHLI PENGADIL
PERTANDINGAN BOLA SEPAK
Salah satu daripada aktiviti utama Jawatankuasa ini ialah menganjurkan pertandingan bola sepak peringkat Zon Pedalaman Atas yang merangkumi enam daerah pentadbiran di Residensi Pedalaman ini iaitu Keningau, Tambunan, Nabawan, Tenom, Kemabong dan Sook.

Antara lain objektif aktiviti ini dilaksanakan ialah untuk membantu pihak SAFA dalam meningkatkan mutu sukan bola sepak yang mana secara langsung dapat membantu para ahli pengadil SAFA sendiri dalam memperbaiki prestasi kepengadilan.

Buat masa ini, pertandingan ini dianjurkan atas daya usaha para ahli Jawatankuasa sendiri dan dibiayai daripada kutipan yuran penyertaan daripada pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan ini.

Walau bagaimanapun, demi untuk memajukan serta meningkatkan lagi tahap pertandingan ke suatu tahap yang lebih berprestij, pihak Jawatankuasa ini amat mengalu-alukan tajaan-tajaan mahupun sumbangan daripada pihak-pihak swasta dan lain-lain pihak.

Semoga dengan adanya sumbangan atau tajan tersebut, pihak Jawatankuasa dapat meneruskan aktiviti utama ini dan dapat menarik lebih banyak penyertaan serta pengelibatan masyarakat sekitarnya dalam sukan ini.
Buat masa ini, nama pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh Jawatankuasa ini ialah:
Piala Pengadil SAFA Keningau 1999
Pertandingan Bola Sepak Divisen I Piala Pengadil SAFA Keningau
Pertandingan Bola Sepak Divisen II Piala Pengadil SAFA Keningau
Piala Juara Keningau
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Encik Justin Supil (Tel: 087-338092), Encik Delsum Abdullah (Tel: 087-332768) dan Encik Steven Padilis (Tel: 087-338392),

Atau tulis kepada:

Pengerusi
Jawatankuasa Pengadil SAFA Daerah Keningau
Peti Surat No. 1088, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia

Atau,
safarefkgu@yahoo.com / sarefkgu@sabah.org.my
Hantar email kepada kami di:
SEMINAR PENGADIL
Pada 13 Jun 1999 yang lalu, satu seminar telah diadakan untuk para ahli pengadil SAFA yang berdaftar di Zon Pedalaman Atas, yang dinamakan Seminar Pengadil SAFA Zon Pedalaman Atas. Seminar sehari tersebut telah diadakan atas kerjasama daripada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Seminar tersebut telah diadakan di Kompleks Sukan Keningau, dan dikendalikan oleh dua orang Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri dari Kota Kinabalu iaitu
Encik Junaidi Ahmad Fauzi (Pegawai Pembangunan Pengadil SAFA Negeri Sabah) dan dibantu oleh Encik Abdul Wahid bin Abdul Hamid (Pen. Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sabah).

Seminar tersebut telah dihadiri dengan jayanya oleh seramai 45 orang pengadil SAFA dari seluruh Zon Pedalaman Atas yang terdiri daripada 5 daerah iaitu,
Daerah Keningau, Tambunan, NabawanTenom dan Sook.

Antara lain aturcara seminar tersebut ialah ceramah mengenai penguatkuasaan undang-undang 12 yang menrangkumi perubahan terkini dan perlu dikuatkuasakan pada 1 Julai 1999, seperti
perintah keluar padang (kad merah) bagi kesalahantakel dari belakang dan amaran bertulis (kad kuning) untuk kesalahan kerana melakukan simulasi (berlakon). Di sebelah petangnya pula, para ahli seminar dikehendaki menjalani ujian kecergasan yang diwajibkan kepada setiap ahli pengadil. Ujian tersebut telah diadakan di Balapan, Kompleks Sukan Keningau.

Dengan adanya seminar tersebut dan seumpamanya pada masa-masa akan datang, ia akan dapat mengekalkan serta meningkatkan lagi kefahaman sama ada dari segi teori mahupun praktikal dalam bidang kepengadilan bola sepak dan dengan itu, dapat menjaga imej dan prestasi para ahli pengadil SAFA.

Syabas FAM!, Syabas SAFA!, dan Syabas juga kepada para pengadil yang telah mengikuti seminar tersebut dengan jayanya !!!


"MAJULAH SUKAN BOLA SEPAK UNTUK NEGARA"

Balik ke depan / Back to front
Ahli Jawatankuasa / Commitee Members Senarai Pengadil / List of Referees
Piala Pengadil / Referee's Cup