PIALA PENGADIL SAFA DAERAH KENINGAU 1999
 

PENGENALAN

Piala Pengadil SAFA Daerah Keningau merupakan salah satu aktiviti tahunan yang utama bagi Jawatankuasa ini. Ia merupakan satu pertandingan bola sepak terbuka peringkat Pedalaman Atas. Sebagai sebuah badan jawatankuasa yang bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Zon Pedalaman Atas, pihak Jawatankuasa ini juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan bola sepak khasnya di Zon Pedalaman Atas. Dengan cara ini juga, Jawatankuasa ini dapat meningkatkan mutu dan prestasi pengadil-pengadil di Zon ini khasnya melalui pengelibatan para ahlinya dalam pertandingan yang dianjurkan.
 

OBJEKTIF

  • Membantu meningkatkan mutu bola sepak di Zon Pedalaman Atas,
  • Membantu pihak SAFA untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam arena bola sepak melalui anjuran pertandingan bola sepak,
  • Membantu meningkatkan mutu kepengadilan bola sepak kepada para ahli pengadil yang berdaftar di Daerah Keningau dan Zon Pedalaman Atas,
  • Membantu mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat tempatan melalui pengelibatan mereka dalam sukan bola sepak.
  • PENYERTAAN
     

    DIVISEN I
     
    KUMPULAN A 

    NABAWAN PLUS 
    K.S.F.X. 
    JABATAN PENDIDIKAN 
    HENRY GURNEY II 
    GAMAN FC

    KUMPULAN B 

    AEROPEDO 
    LIKBON FC 
    SENORITA CLUB 
    KEN VILLA 
    JABATAN AIR

     

    DIVISEN II
     
    KUMPULAN A 

    LIAWAN FC 
    KG. KENINGAU FC I 
    K.N.C. 
    WILD LIFE FC

    KUMPULAN B 

    TANKUR FC 
    I.K. 99 
    TRI STAR 
    AEROPEDO SENIOR

    KUMPULAN C 

    GIAT MARA FC 
    FORESS KENINGAU 
    BAYANGAN FC 
    DANGULAD FC

    KUMPULAN D 

    JATI SANYA MALAING 
    BAK 'Q' FC 
    TOBOH UNITED 
    KG. KENINGAU FC II

     

    FORMAT PERTANDINGAN

    Pusingan kelayakan

    Pada peringkat kelayakan semua pasukan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. Dalam pusingan ini, penentuan johan dan naib johan kumpulan dikira melalui mata, jaringan gol bersih (jaringan - bolos), jaringan & bolos. Untuk Divisen I, johan dan naib johan aka layak untuk mara ke peringkat separuh akhir dan bertemu secara bersilang, yakni johan kumpulan A akan bertemu dengan naib johan kumpulan B dan johan kumpulan B pula akan bertemu dengan naib johan kumpulan A.

    Untuk Divisen II pula, johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak untuk mara ke pusingan suku akhir seperti berikut:-

    Pemenang setiap perlawanan akan mendapat 3 mata, seri 1 mata dan pasukan yang kalah mendapat 0 mata. Sekiranya sesuatu perlawanan adalah seri. Sepakan dari tanda penalti sebanyak 5 sepakan bagi setiap pasukan akan dibuat. Pasukan yang menang dalam sepakan dari tanda penalti ini akan mendapat tambahan 1 mata lagi.
     

    Peringkat Separuh Akhir

    Peringkat ini dijalankan secara kalah mati (knock out system). Sekiranya perlawanan tamat dengan keputusan seri, sepakan dari tanda penalti akan dibuat sebanyak 5 sepakan bagi setiap pasukan untuk menentukan pemenang sesuatu perlawanan dalam pusingan ini. Pasukan yang menang pada peringkat ini layak ke peringkat akhir.



    AJK Pengadil SAFA Keningau | Senarai Pengadil | Aktiviti Tahunan | Undang-Undang Bola Sepak | Jadual Pertandingan
    Keputusan Pertandingan | Kedudukan Pasukan | MUKA DEPAN