KEPUASAN DISEBALIK "CABARAN"
penat? sudah semestinya,tetapi bila dah berjaya....
hilang segalanya.
 

 
 
   PERIBAHASA," tak  lari gunung dikejar" menjadi pendorong  kepada  orang   ramai   yang  berminat menyertai  aktiviti lasak    seperti   mendaki, berkayak  serta  meredah  hutan belentara. Bagaimanapun, bagi mencapai keseronokan ketika  mengadakan sesuatu ekspedisi   memerlukan ketabahan dan ketekunan untuk  mencapai kejayaan.   
     
   Pendakian  gunung  yang   memerlukan  penyedian rapi, supaya hasrat menawan puncaknya dapat digapai tanpa   menghadapi  masaalah kesihatan atau kekejangan otot ketika mendaki.  
    
   Apapun mendaki gunung adalah satu aktiviti yang sangat   menyeronokan   kerana  apabila berada dipuncak gunung,  pelbagai   pemandangan indah dapat disaksikan.   
Adakala pendaki akan terasa seperti dapat mencapai awan yang  menyelubungi  kawasan puncak gunung dan mereka juga boleh melihat keindahan matahari terbenam.   
     
   Tumbuhan  renek   yang hidup meliar dikawasan puncak gunung amat menarik dan masih belum dicemari keaslianya.  Kegembiraan  jelas terbayang apabila pendaki berjaya  mendaki  gunung  dan keletihan semasa mendaki juga dapat dihilangkan apabila menyaksikan pemandangan indah dari puncak gunung.
 
 
Sekiranya anda peminat kepada aktiviti lasak ini.Saya menjemput anda untuk
mengikuti pengalaman kami sewaktu mendaki Gunung Tahan disekitar tahun 1994.
 
 
 
kelaman seterusnya
mftee@hotmail.com
ke laman sebelum ini
 
Kelaman Utama
 
Click to see more great pages on Sports and Recreation.