Perawi dan Riwayat Di Kalangan Arab (Rencana di dalam Majalah ZDMG yang bertajuk Ueber das Traditionswesen bei den Araben, 5:1-17, 1856)

Oleh: August Sprenger

Terjemahan: Hasmadi Hamdan, Al al-Bayt University

BENARLAH kata Ibnu Qutaibah bilamana dia berkata di dalam bukunya al-Kamal fi Asma al-Rijal: Umat-umat lain tidak mempunyai sandaran perkataan seperti sandaran mereka (umat Arab). Sebenarnya ilmu riwayat (secara lisan) merupakan ciri yang hanya terdapat di dalam Islam. Tetapi, hanya sedikit daripada para orientalis yang meletakkannya di tempat yang sebenar dan memahaminya dengan betul.

Sekiranya diterjemahkan perkataan al-Riwayat ini ke dalam bahasa Arab, perkataan ini akan memberi erti: Ilmu Hadis. Dan setiap hadis terdiri daripada dua juzuk: Sanad (sandaran) dan matan (isi). Riwayat telah berkembang di kalangan Arab kerana mereka amat memelihara syariat. Hal ini demikian kerana orang-orang Timur (Arab) menunggu seorang Nabi yang bukan hanya mengajar mereka ilmu agama, tetapi mengasaskan kepada mereka perlembagaan untuk negara mereka. Dia juga akan membekalkan mereka dengan undang-undang sivil dan jenayah, mengajar mereka suruhan dan larangn yang bersangkut-paut dengan kehidupan seharian mereka. Mengajar mereka bagaimana berpakaian, menggunting rambut, menyikat janggut dan mengetip kuku. Apakah yang perlu mereka makan dan minum. Dan dapat diketahui bahawa al-Quran tidak dapat memenuhi semua kehendak ini. Untuk menutup kekurangan ini, tidak dapat tidak perawi-perawi ini meriwayatkan perkataan dan perbuatan Nabi. Pada permulaannya, orang menganggap al-Quran sahaja tidak cukup untuk dijadikan syariat. Saya telah membaca di dalam buku al-Misykat (Terjemahan Inggeris, 2:71) bahawa al-Mughirah bin Syu'bah telah meriwayatkan kepada Abu Bakar satu hadis tentang satu hukum syarak. Lalu Abu Bakar bertanya kepadanya: Adakah orang lain juga mendengar hadis ini? Hadis itu tidak dipakai kecuali setelah diakui oleh Muhammad bin Maslamah.

Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah membuka negeri Syam, Parsi dan Mesir. Keadaan di negari-negeri ini lebih rencam daripada apa yang terdapat di Mekah dan Madinah. Sudah menjadi suatu kemestian ada-ada sahaja kes yang dihadapkan ke mahkamah setiap hari. Penghakiman biasanya dilakukan oleh para sahabat Nabi sendiri. Setengah-setengah kes tidak terdapat hukumnya dai dalam al-Quran. Jadi ketika itu mereka mengambil kira pula kata-kata Nabi Muhammad. Janganlah kita terkejut sekiranya kita dapati prinsip penyaksian terkenal di dalam sandaran hadis. Sekiranya datang seseorang mengambil dalil daripada kata-kata Nabi yang tidak pernah di dengar oleh kadi, dia patut pula menyebut dariapada siapa yang diambil hadis itu. Disyaratkan pula orang yang memberitahunya itu boleh dipercayai. Cebisan kertas yang tertulis hadis pula tidak dipakai sebagai bukti. Dan ulama hadis tidak mempercayai hadis yang tidak diriwayatkan melalui hafalan, tetapi hanya melalui tulisan. Imam Malik bin melihat (disebutkan di dalam buku al-Kamal): al-Shiha berkata: Malik bin Anas telah disoal: Bolehkan diambil ilmu daripada orang yang tidak menghafalnya dan dia boleh dipercayai? Malik menjawab: Tidak! Katanya lagi: Dia telah menulis dan berkata: Aku telah mendengarnya, dan dia boleh dipercayai? Kata Malik: Tidak boleh diambil daripadanya. Aku takut dia menambah sesuatu di dalam hadis itu pada waktu malam.

Dan di antara sifat ketakwaan sehingga detik terakhir daripada kehidupan Nabi Muhammad, ketika bertemu dua orang daripada orang-orang yang beriman, mereka akan bertanya sesama mereka: Adakah awak mempunyai sesuatu yang (baru) - Hal min hadith?- (inilah yang dipanggil hadis) - Lalu dia pun menyebutlah perkataan dan perbuatan Nabi. Sifat ini berlarutan sehinggalah kewafatan Nabi. Dan dinamakan jawapannya dinamakan hadis walaupun selepas itu tidak lagi baru.

Dan saya juga mendapati sifat ini pada zaman selepas itu. Pada tahun 796H, Ibnu Uquli al-Baghdadi telah datang ke Damsyik. Orang yang pertama melawatnya ialah Ibrahim al-Halabi pada hari Ahad, 24 Ramadhan. Soalan pertama yang dilontarkan kepada Ibnu Uquli selepasa memberi salam ialah adakah dia meriwayatkan hadis? Al-Halabi telah meriwayatkan hadis daripada ingatannya beberapa muka saurat daripada Bukhari termasuk dengan sandarannya sekali. Hal ini juga pernah berlaku di Perancis. Di dalam majlis yang selalu diadakan oleh keluarga Borbourn, seringkali diceritakan tentang lawak-jenaka di dalam negeri Lois XIV menggantikan perkataan seharian beliau.

Walaupun perkataan Nabi selalu disebutkan di dalam pelbagai majlis, tetapi penggunannya masih terhad di hadapan kadi yang memberikan hadis nilai ilmiahnya. Saya menjangka bahawa perkatan-perkataan Nabi dilihat di dalam kehidupan rasul sama dengan pandangan rasmi selepas kehidupannya di tempat yang jauh dari Madinah. Perkataan-perkataannya sentiasa diulangi dan dikira sebagai syariat. Dan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Baihaqi menguatkan kata saya: Allah akan menolong seseorang lelaki yang mendengar daripadaku satu perkataan lalu dia menyampaikannya seperti mana yang didengarinya. Dan terdapat pula di dalam buku Sunan al-Baihaqi empat hadis yang memberi peringatan bahawa sesiapa yang sengaja mereka-reka hadis akan masuk neraka. Dan daripada semua ini kita dapati bahawa riwayat hadis telah mula membentuk satu etika jelas.

Semenjak kurun ke-3, hadis mula diriwayatkan secara tulisan kecuali kecuali hadis-hadis yang telah terkenal di dalam buku-buku himpunan hadis. Misalnya di dalam buku al-Sunan al-Kabir terdapat bebrapa hadis Bukahri dan Muslim yang serupa. Tetapi sebenarnya hadis-hadis ini ialah satu tanpa melihat perbezaan dari segi nas. Tetapi saya berpendapat dia dan juga orang-orang lain bukan sengaja berbuat begitu sekiranya para pembaca mampu merujuk kepada sebuah buku yang terkenal untuk mendapatkan satu riwayat yang betul. Dan sebelum kurun ke-3 pun, pendapat-pendapat di dalam perkara ini berbeza. Bagi al-Hasan al-Basri, al-Sa'bi, Ibrahim dan Wathilah bin al-Asqa' adalah memadai dengan makna tanpa lafaz.

Al-Syeikh Ahmad bin Hanbal (241H) melihat bahawa hadis yang diriwayatkan secara yang boleh diterima akal mempunyai kekuatan untuk dijadikan bukti. Dan dari sini, kita dapat membaca di dalam buku Bustan al-Arifin seperti berikut: Dan daripada para sahabat, ada yang berkata: Apabila kami berkata kepada kamu dengan makna, maka sudah cukuplah. Tetapi ada juga orang-orang lain yang terlalu memelihara riwayat hadis. Al-Syeikh Ahmad bin Hanbal berkata: Aku melihat ayahku apabila dibacakan hadis kepadanya yang tertulis: "Daripada Nabi SAW" lalu dibaca "Daripada rasul SAW", dia akan memukulnya. Dan dia telah menulis "Daripada rasul SAW" (Penulis memahami ayat ini secara songsang. Dikatakan ayah Imam Ahmad terlalu teliti dengan menukar perkataan Nabi menjadi perkataan Rasul. Tetapi nas ini bermaksud ayah Imam Ahmad menggantikan perkataan yang tertulis dengan apa yang dikatakan oleh Muhaddith).

Dan Abu Darda (32H) dan Anas bin Malik pula sentiasa menambah perkataan (atau seperti mana yang disabdakan oleh Nabi - aw kama qala al-Nabi).

Pada zaman permulaan, dijangkakan para periwayat hadis menghafal sandaran hadis yang diriwayatkannya. Tidak kiralah sama ada hadis itu dituliskan atau tidak. Orang-orang Islam pada waktu itu bersemangat untuk menghafal hadis. Dan dari sinilah ramai orang telah menghafal satu jumlah yang banyak daripada hadis. Diriwayatkan bahawa Abu Zar'a telah menulis di dalam rumahnya 100000 (seratus ribu) hadis yang juga dihafalnya. Dikatakan juga bahawa selepas Imam Ahmad meninggal dunia, terdapat sebanyak 12 pikul kertas yang bertulis hadis. Dan hadis-hadis ini pula telah pun dihafalnya.