Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.

Alaf baru, Y2K atau tahun 2000 telah pun tiba maka macam-macam perubahan akan dapat kita rasai; samaada kemasukkan ahli-ahli baru, aktiviti baru yang lebih mencabar atau mungkin satu pendekatan baru. Ini termaktublah kepada kebijaksanaan jawatankuasa sementara yang dilantik menerajui sisa-sisa 1999 atau akan digubal oleh jawatankuasa tetap yang akan dilantik pada mesyuarat agung nanti.

Selain itu juga, jangan sesekali lupa mengambil iktibar yang baik daripada aktiviti-aktiviti yang lepas, memperbaiki diri sebaik-baiknya dan melipat gandakan usaha untuk mendapat kejayaan yang terbaik baik dari segi pembelajaran dan persatuan. Tahun lepas telah memperlihatkan kita akan keberkesanannya daripada keputusan peperiksaan akhir tahun, PMR 1999 dan percubaan SPM 1999. Oleh itu, ahli-ahli diseru untuk memperkukuhkan lagi pegangan yang sedia ada dan mempelbagaikan lagi usaha untuk mengharumkan nama sekolah.

Walaupun terdapat setengah ahli yang terpaksa berpindah rumah, sekolah, mahupun habis belajar bagi yang mengambil SPM 1999; jasa mereka tetap dikenang kerana mereka secara tidak langsung menjayakan aktiviti-aktiviti dirancangkan dahulu dan syabas diucapkan. Cuma walaupun sudah berjauhan tidak bermakna ia terpisah dan diharapkan kepada mereka-mereka ini tetap berhubung antara satu sama lain. Kita boleh juga menganggap mereka sebagai duta kita di negara lain.

Akhir sekali; kepada yang tiada "sayonara", kepada yang baru "selamat datang" dan kepada yang masih kekal.... "sekali berpengakap terus berpengakap".

Pemimpin

Ke laman utama