Versi Bahasa Malaysia
Pekan Betong wujud sebagai pusat pentadbiran oleh Regim Brooke untuk menangani
masalah lanun dan pemberontakan oleh kaum Iban dari kawasan Skrang dan
Layar di awal tahun 1840-an dan 1860-an. Untuk menangani masalah pemberontakan
ini, pihak Rejim Brooke telah membina Kubu Lily bagi tujuan pertahanan
dan pentadbiran di daerah ini pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban
yang diketuai oleh Rentap yang berkubu di Bukit Sadok telah berakhir setelah
Regim Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak 3 kali iaitu pada
tahun 1857, 1858 dan 1861.
Menurut Puan Chan-seorang guru yang pernah mengajar saya
di sekolah rendah-Pekan Betong terletak di tepi Sungai Entanak suatu masa
dahulu.Tetapi suatu kebakaran telah memusnahkan pekan itu,dan sekarang
Pekan Betong dipindahkan ke mana ia berada sekarang.
|