<BGSOUND SRC="indigo.mid">

PUASA



  Pengenalan

  Islam adalah satu agama yang membimbing dan mendidik umat Islam ke arah  kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu untuk mencapai matlamat tersebut satu kefarduan telah dipertanggungjawabkan  oleh Allah s.w.t ke atas individu Islam yang wajib dilaksanakan setiap tahun . Ibadat tersebut di kenali sebagai ibadat puasa.

  Definisi Puasa
ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat berpuasa pada malamnya.

Bahagian puasa
Terbahagi dua
1. Puasa fardhu ( wajib )
2. Puasa sunat

Syarat-syarat wajib puasa
1. Beragama Islam.
2. Baligh
3. Berakal
4. Berupaya mengerjakan puasa
5. Sihat
6. Menetap sesuatu tepat.

Rukun Puasa
1. Niat pada malam hari iaitu "Sahaja aku berpuasa esok hari fardu bulan  
    Ramadhan / sunat pada tahun ini kerana Allah Taala".
2. Menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar  
    hingga terbenam matahari.

  Syarat sah puasa
1. Beragama Islam
2. Berakal atau mumajiz
3. Suci daripada haid dan nifas.
4, Menahan diri dari makan dan minum

  Sunat-sunat puasa
1. Segera berbuka apabila sampai waktunya
2. Berbuka dengan buah tamar / benda-benda manis
3. Membaca doa berbuka
4. Melewatkan bersahur
5. Mendirikan solat tarawih
6. Membaca al-Quran
7. Memperbanyakkan sedekah
8. Menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat
9. Mengajak orang lain berbuka bersama-sama