Hospital Kuala Krai (HKK) telah mula di bina pada tahun 1917 semasa zaman pemerintahan British. Ia adalah merupakan hospital yang tertua di Negeri Kelantan. Hospital ini terletak di atas bukit di pinggir bandar Kuala Krai. Ianya terletak kira-kira 70 km dari bandar Kota Bharu.

Bangunan yang pertama di bina pada tahun 1917 adalah merupakan satu blok batu bata dan kayu dan blok ini di bahagikan kepada beberapa bahagian untuk di jadikan pejabat, wad lelaki, wad perempuan, wad TB dan wad bersalin. Berhadapan dengan bangunan ini didirikan 3 bangunan kecil untuk di jadikan dapur, dobi, tandas dan bilik bersalin.

HKK pada masa itu di ketuai oleh Pembantu Perubatan yang bertanggung jawab terhadap pentadbiran dan rawatan pesakit. Beliau di bantu oleh beberapa orang pembantu perubatan. Pada tahun 1930 kakitangan HKK telah bertambah, diantaranya ialah Pembantu Hospital (Hospital Assistant), Pembantu Perubatan Kelas Tiga (Dresser Grade III), Pembancuh Ubat, Ketua Tukang Masak, Tukang Kebun, Jaga (Watchman) dan beberapa orang Jururawat.

Pada tahun 1936 kakitangan telah bertambah lagi dengan adanya pertambahan jawatan. Mereka ialah seorang Ketua Pembantu Hospital, 2 orang Pembantu Perubatan, 7 orang Jururawat, 2 orang tukang masak dan seorang pemandu. Di samping itu terdapat seorang kerani yang bertugas untuk mendaftar kematian serta pengawal yang menyelia kelmatian. Walaupun begitu tiada doktor yang berkhidmat pada masa itu di HKK.

Pada tahun 1951 seorang doktor telan di tempatkan di HKK. Beliau ialah Dr. Madam. Pada tahun 1952 bilangan doktor telah bertambah kepada 4 orang. Ini diikuti oleh dua orang doktor lagi pada tahun 1953 dan 1956. Doktor-doktor yang bertugas di sini tidak kekal lama dan kebanyakannya bertgas di sini untuk sementara sahaja.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, jawatan Pembantu Hospital yang sebelumnya mengetui pentadbiran hospital telah di ganti dengan Pegawai Perubatan. Pegawai Perubatan yang pertama di HKK yang menjadi ketua pentadbiran ialah Dr. Ahmad Nordin yang mula bertugas di hospital ini pada tahun 1958.

Pada tahun 1959 penambahn bangunan telah di buat kepada bangunan yang sediaada sebagai dewan bwedah, wad bayaran, wad bersalin dan bilik bersalin yang di besarkan. Pada tahun 1975 satu lagi bangunan dua tingkat di buina untuk menempatkan Unit Pesakit Luar, bilik Pegawai Perubatan, Unit makmal dan unit X-ray.

Pada hari ini HKK berdiri megah dengan mempunyai khidmat kepakarannya sendiri iaitu Obstetrik & Ginekologi, Surgeri, Pediatrik dan Bius.         

[HOME] [INTRODUCTION] [DIRECTOR] [SPECIALTY] [SUPPORT SERVICES] [CME] [PHOTO ALBUM] [NEWS] [IMPORTANT LINK] [STORE]  [UP]

HOME

INTRODUCTION

HOSPITAL

DIRECTOR

SPECIALTY

SUPPORT

SERVICES

CME

NEWS

PHOTO ALBUM

IMPORTANT  LINK

WE CARE

Introduction

Pengenalan