Asia Pacific Conference On
Acupuncture ,Homoeopathy, Oriental & Complementary Medicine Conference
( APAC 2000 )
Kota Bharu, 3, 4 & 5th September, 2000

 

Yth. Tuan/puan,

 

Per: Jemputan Ke Persidangan APAC 2000

 

SUKACITA dimaklumkan kepada saudara-saudara bahawa Negera kita telah diberi penghormatan sekali lagi oleh Liga Perubatan Akupuntur Sedunia untuk menganjurkan satu konferen APAC 2000 peringkat antarabangsa yang kedua di Malaysia iaitu

 

The Asia Pacific Acupuncture, Oriental &
Alternative Medicine Conference ( APAC 2000 )
 

Yang akan berlangsung pada 3 , 4 & 5 September 2000 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

 Konferen ini ditaja bersama oleh Pusat Penyelidikan Akupunktur Malaysia, Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Pertubuhan Akupunktur Se Dunia (WFAS) Beijing, China dan The Open International University for Complementray Medicine, Sri Lanka.

Ramai tokoh-tokoh serta doktor-doktor ahli akupuntur, homeopati, ayuveda,herbalist, reflexologi, naturopati, iridologi, hipnotism dan lain-lain dari seluruh dunia akan menghadiri konferen yang julong-julong kali diadakan disini. Pada tahun 1998 kita pernah mengadakan konferen seumpama ini dengan jayanya dimana lebih dari 300 orang peserta dari seluruh dunia menghadirinya. Sementara DuliYang Maha Mulia Al Sultan Kelantan sendiri sudi berangkat untuk menyempurnakan kongres tersebut. Pada kali ini, kita jangka lebih dari 1000 orang peserta-peserta dari seluruh dunia akan berkumpul di Kelantan untuk membahas dan membentangkan kertas kerja masing-masing, yang dianggap kongres yang terbesar diabad ini, pernah diadakan di Kota Darulnaim ini. Diantara topik berbahasan ialah:

 

  1. Akupuntur Anathesia 2. Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture)
  1. Scalp Akupuntur 4. Allergies & Auto Immune Disease Through TCM
  1. Discover The Magical Treatment For Stress Related Disorders via alternative medicines
  2. Diabetes and Gynecological Diseases through naturopati
  3. Cancer Therapy through herbs.
 

Siapa yang boleh hadir ?

Semua yang berminat terhadap sistem perubatan alternatif boleh menghadiri konferen ini.

Yuran Konferen APAC 2000 RM 200.00 sahaja ( Tanpa penginapan )

Penginapan Hotel Perdana di tambah RM 150.00 3 hari 2 malam ( berkongsi bilek 4 orang ) Bayaran Secara Credit / Ansuran 3 kali bayaran Bulan Pertama RM 100.00 Bulan Kedua RM 100.00 Bulan Ketiga RM 150.00 Sila buat bayaran terus ke pejabat sekteriat di Kota Bharu

* Setiap peserta akan diberi Sijil penyertaan

 

Sila hubongi sekteriat:

Mr. Nik Fairuz Hakim E Mail: mnri_acupuncture@yahoo.com

Prof Dr Nik Omar E Mail: drnik@acupuncture.com
 

[Home]