"Apalah erti hari esok, jika hari ini AIDS merobek hidup akibat keterlaluan hari semalam"

Kelab Prostar Daerah Pendang sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melayari laman web kelab Prostar Daerah Pendang ini. Di dalam laman web ini, pihak kami telah menyediakan serba sedikit informasi tentang kelab ini dan fakta-fakta mengenai HIV/AIDS. Anda juga boleh menguji tahap pengetahuan anda mengenai HIV/AIDS di dalam laman web ini. Klik UJIMINDA ONLINE untuk ke laman uji pengetahuan anda.

Kelab PROSTAR daerah Pendang berharap anda akan berpuas hati dengan isi kandungan laman web ini. Sebarang komen atau cadangan boleh diemailkan kepada prostar_pendang@yahoo.com atau email terus kepada webmaster di alamat webmaster@oasisfamily.zzn.com

 

Klik banner di bawah untuk ke Laman Info AIDS

 

  • Sepanjang 1998, lebih daripada 8,500 kanak-kanak dijangkiti HIV saban hari, iaitu pada setiap enam minit.
  • UNAIDS melaporkan pada penghujung 1997, 8.2 juta kanak-kanak kehilangan ibu yang mati kerana AIDS sebelum mereka berumur 15 tahun.
  • Penghujung 1998, UNAIDS mengandaikan 33.4 juta penduduk dunia mengidap HIV positif, 43 peratus adalah wanita. Negara yang teruk dijangkiti mencatatkan dua atau lebih daripada lima wanita hamil menghidap HIV positif.
  • Seramai 90 peratus bayi yang dilahirkan ibu HIV positif, menerima virus sewaktu kelahiran atau menerusi penyusuan badan.
  • 100,000 kanak-kanak di bawah usia 15 tahun menghidap HIV positif melalui penerimaan darah atau melalui hubungan seks.
  • Pada 1998,  590,000 kanak-kanak di bawah 15 tahun dijangkiti HIV. Sepanjang virus ini dikesan, seramai 1.2 juta kanak-kanak menghidap HIV positif hingga akhir 1998.
  • HIV bertindak lebih pantas pada kanak-kanak untuk menjadi AIDS. Majoriti kanak-kanak berusia bawah 15 tahun sudah disahkan menghidap AIDS dan ramai sudah meninggal dunia.
  • Seramai 2.5 juta penduduk dunia mati kerana AIDS pada tahun 1998 dan 510,000 adalah kanak-kanak di bawah 15 tahun.

This websites has been released on Sunday, October 15, 2000. If you have found any problem in this page, please tell us at webmaster@oasisfamily.zzn.com 

Copyright © 2000 Prostar Pendang