DEWAN BEDAH
HOSPITAL PASIR MAS
HOSPITAL SURGICAL NETWORKING
























Hospital Pasir Mas mempunyai sebuah dewan bedah yang bolih beroperasi sepenuhnya bagi kemudahan pesakit pesakit yang memerlukan perkhidmatan pembedahan.

Hospital ini juga telah menjalankan pembedahan secara “Networking” dengan Hospital Kota Bharu sejak bulan Julai 1997 bagi kes pembedahan am dan kes pembedahan Orthopidik, dimana pakar/pegawai perubatan serta pakar/pegawai perubatan bius akan datang untuk memberi perkhidmatan pada hari pembedahan. Pembedahan secara “Networking” ini dijalankan sebanyak tiga kali dalam seminggu iaitu pada hari Ahad ,Selasa dan Rabu.

Semua kes kes pembedahan adalah dipilih olih pakar dari Hospital Kota Bharu dan pakar pelawat yang datang ke Hospital Pasir Mas sebulan sekali. Setiap kes pembedahan yang dijalankan hendaklah mengikut protokol pembedahan yang telah ditetapkan di Hospital ini iaitu:-
1. Hari pembedahan.
Pembedahan dijalankan pada hari Ahad dan Selasa bagi kes Orthopidik dan hari Rabu bagi kes pembedahan am mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.
2. Pemilihan pesakit. Pesakit adalah dari Kategori ASA 1 dan 2 (berisiko rendah) sahaja akan dimasukkan ke dalam
senarai pembedahan dan pemilihan pesakit akan dibuat akan dibuat olih pakaratau pegawai perubatan unit berkenaan.
3. Jenis bius.
Jenis pemberian bius akan ditentukan olih pakar atau pegawai perubatan bius yang akan memberi perkhidmatan.
4.Tata cara kemasukan.
Pesakit yang telah dipilih untuk pembedahan di Hospital Pasir Mas, nama mereka akan dicatit dalam buku pembedahan di Hospital Pasir Mas.
-Pesakit akan diberi surat rujukan atau borang kemasukan ke Hospital Pasir Mas olih pakar atau pegawai perubatan yang merawat pesakit tersebut.
-Pesakit akan dimasukkan ke Hospital Pasir Mas sehari sebelum pembedahan dijalankan selewat lewat pada jam 2 petang.
-Pesakit akan diperiksa olih pegawai perubatan di Hospital Pasir Mas.
-Penyelidikan makmal dan X-ray akan ditentukan olih pegawai perubatan di Hospital Pasir Mas jika perlu.
-Pada hari pembedahan pesakit akan dilihat olih pakar atau pegawai perubatan bius semula untuk menentukan jenis bius yang akan diberikan dan selepas pembedahan pesakit akan dilihat semula olih pakar atau pegawai perubatan yang melakukan pembedahan.

JENIS JENIS PEMBEDAHAN YANG TELAH DIJALANKAN.

 
Kes kes pembedahan am:-
-Herniatomy.
- Hemiarraphy
- Excision biopsy.
- Excision of breast lump.
- Visecolithotomy.
- Ochidopexcy.
- Circumcision under GA bagi kes istemewa.
Kes kes pembedahan Orthopidik.
- ORIF for DCP/I/M Nailing.
- SSG.
- Removal of implant.
- Excision biopsy.
- Wound debridment.
- Insertion of K - wire.
- Removal of K - Wire.
- Bone graffting.
- Realeased of contracture.
- Secondary suturing.

Selain daripada pembedahan yang dijalankan secara networking dengan Hospital Kota Bharu, pembedahan pembedahan kecil saperti D&C, Circumcission, Excision dan lain lain dijalankan pada hari Sabtu dan hari Isnin.