Perkhidmatan Tabung Darah
Hospital Pasir Mas
Pengenalan



















Unit Perkhidmatan Patologi dan Tabung Darah Hospital Pasir Mas ada menyediakan Perkhidmatan Pendermaan Darah bermula pada tahun 1986. Kategori penderma darah yang datang terdiri dari orang awam, polis dan penuntut. Pungutan darah tahunan purata berjumlah 500 pain dan purata kegunaan darah melebihi dari pungutan.

Objektif:
Menyediakan bekalan darah dan komponen darah yang mencukupi bagi keperluan pesakit.

Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan:

  1. Menerima penderma darah secara individu di Tabung Darah Hospital Pasir Mas setiap hari dalam waktu pejabat.
  2. Menerima penderma darah sukarela secara berkumpulan (Group Donation) pada hari yang ditetapkan.

  3. Menerima penderma darah bila dipanggil secara individu atau berkumpulan dalam masa kecemasan.
KEGUNAAN DARAH

Kebiasaan darah yang diderma digunakan bagi rawatan penyakit-penyakit seperti:-

  • Anemia
  • Thallassaemia
  • Tumpah Darah Pembedahan dan lain-lain.
Fungsi:
  1. Pungutan, penyimpanan darah dan penyediaan komponen-komponen darah.
  2. Pengumpulan dan saringan contoh-contoh darah untuk mengesan penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, Syphilis, Malaria dan HIV.

  3. Pembahagian darah dan komponen-komponen darah.
BERIKUT ADALAH KEADAAN DIMANA ANDA DIBENARKAN MENDERMA DARAH
  • UMUR: l8 Hingga 55 Tahun
  • JANTINA: Lelaki dan Perempuan
  • BERAT BADAN: 50 Kg. Keatas
  • TAHAP KESIIHATAN: Sihat
Sekiranya anda termasuk dalam salah satu golongan tersebut dan telah mendermakan darah baru-baru ini, sila beritahu dengan SEGERA kepada Tabung Darah yang terdekat. Semua maklumat anda adalah SULIT.
Penganjur-Penganjur Tahunan Kempen Derma Darah Berkumpulan:
  • Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas/Tumpat
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas
  • Jabatan Perpaduan Daerah Pasir Mas
  • RELA Daerah Pasir Mas/Rantau Panjang
  • Tenaga Nasional Berhad Pasir Mas
  • Lembaga Pelawat Hospital Pasir Mas
  • MCA Bahagian Pasir Mas
BERIKUT ADALAH KEADAAN DIMANA ANDA TIDAK DIBENARKAN MENDERMA DARAH
  • Sekiranya anda telah menjalani pembedahan besar dalam masa 6 bulan yang lepas.
  • Sekiranya anda peranah mengidap MALARIA.
  • Sekiranya anda menagih dadah melalui suntikan.
  • Sekiranya anda melakukan perhubungan sejenis (IHomosexual) atau perhubungan jenis dengan kedua-dua jantina.
  • Sekiranya anda pernah melakukan perhubunganjenis dengan No. 3 atau 4.
  • Sekiranya anda mengidap kanser.
  • Sekiranya anda demam dan mengambil ubat antibiotik.
Sekiranya anda termasuk dalam salah satu golongan tersebut dan telah menderma darah baru-baru ini, sila beritahu dengan SEGERA kepada Tabung Darah yangterdekat. Semua maklumat anda adalah SULIT.
Kekerapan Menderma
Keistimewaan Rawatan
Satu kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk
bayaran X-Ray dan pembedahan)dan wad kelas 2 untuk tempoh 4 bulan.
Dua hingga lima kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan 
wad kelas 2 untuk 4 bulan.
Enam hingga 
sepuloh kali
Percuma rawatan pesakit luar 1 tahun dan rawatan perubatan wad
kelas 2 untuk 6 bulan dan percuma bagi pelalian Hepatitis B.
Sebelas hingga
lima belas kali
Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan 
dan wad kelas 2 untuk 1 tahun.
Enam belas hingga 
dua puluh kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
wad kelas 2 untuk 2 tahun.
Dua puluh satu hingga 
tiga puluh kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan 
Wad kelas dua untuk tiga tahun
Tiga puluh satu hingga 
empat puluh kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan 
dan wad kelas 1 untuk 4 tahun.
Empat puluh satu hingga 
lima puluh kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan
dan wad kelas 1 untuk 6 tahun.
Lebih lima puluh kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1
untuk 10 tahun.