UNIT FARMASI KLINIKAL HOSPITAL PASIR MAS KELANTAN
 
 



















 
 



Pengenalan

Unit Farmasi Hospital Pasir Mas terdiri dari Stor Integrasi dan Unit Farmasi Klinikal. Perkhidmatan utama unit ini ialah:-

  1. Bekalan ubat kepada Pesakit Dalam.
  2. Bekalan ubat kepada Pesakit Luar
Aktiviti lain unit ini ialah penyediaan galeknikal dan kaunseling ubat ubatan.

Objektif

Dalam perkhidmatan bekalan ubat kami berpegang kepada motto "Tepat, Berkesan, Selamat". Kami sedaya upaya cuba memastikan ubat yang dibekalkan adalah tepat dan sesuai, berkesan dan benar benar selamat.

Aktiviti Bekalan Untuk Pesakit Dalam

Ubat ubat dibekalkan kepada Pesakit Dalam mengikut "System Unit Of Use". Ubat ubat dibekal kepada Pesakit Dalam mengikut keperluan pesakit secara individu bagi tempoh tertentu atau untuk satu tempoh rawatan yang lengkap.
Selain dari bekalan secara "Unit of Use", bekalan ubat dibuat dalam bentuk ubat kecemasan, trolley, ubat floor stock dan Bekalan Selepas Waktu Pejabat.

Khidmat Bedside Dispensing.

Buat masa kini perkhidmatan ini disediakan untuk pesakit pesakit dari Wad Empat. Kebanyakan pesakit terdiri dari ibu ibu yang baru bersalin. Slip preskripsi pesakit yang akan discaj perlu dihantar ke Kaunter Bekalan Wad dan sampai sebelum jam 10.00 pagi. Pesakit boleh menerima ubat dikatilnya seawal jam 11.00 pagi. Sekiranya pesakit mahu pulang awal dan tidak sanggup menunggu, pesakit atau wakilnya boleh mengambil ubat terus dari Kaunter Pesakit Luar.

Aktiviti Bekalan Untuk Pesakit Luar

Istilah Pesakit Luar disini merangkumi pesakit pesakit yang diberi rawatan di Unit Kecemasan, pesakit pesakit yang datang dari Klinik Pakar, pesakit dari Klinik Dada dan pesakit yang discaj. Jumlahpreskripsi yang diterima telahberkurangan satelah berlaku perpindahan Unit Pesakit Luar Hospital Pasir Mas keKlinik Kesihatan Bandardi PasirMas.

 Waktu Bertugas di Kaunter Pesakit Luar

Kaunter dibuka pada setiap hari kerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang (Sabtuhingga Rabu) dan sehingga 12.40petang pada hari Khamis. Pada hari cuti hujung minggu dan hari kelepasan am, kaunter dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Slip preskripsi yang diterima dari Pembantu Perubatan atau Pegawai Perubatan diberi tempoh selama tiga hari untuk mendapatkan bekalan. Diluar tempoh ini pesakitdiperlukan berjumpa semula Pegawai Perubatan untuk mendapatkan slip preskripsi yang baru.

Bekalan Ubat Jangka Panjang atau Ubat Yang Tiada Dalam Simpanan

Pada kebiasaannya ubat ubat dibekal untuk tempoh satu bulan dan paling banyak dua bulan. Kad khas akan diberi kepada pesakit yang mengambil ubat bagi jangka masa yang panjang. Tarikh untuk mengambil semula ubat dicatit pada kad berkenaan.
Bagi Ubat ubat yang tiada dalam simpanan, kad khas juga akan diberi kepada pesakit. Pesakit yang mempunyai telefon akan dihubungi apabila ubat berkenaan telah diperolehi. Pesakit yang tiada telefon diminta menghubungi unit ini dari masa kesemasa untuk bertanyakan ubat mereka. Jika perlu dan berkaitan dengan kes kes yang berat, ubat akan dihantar terus kepada pesakit berkenaan.

Aktiviti Kaunseling Ubat Ubatan

Kaunseling ubat ubatan diberi oleh Pegawai Farmasi sekiranya dirujuk oleh PegawaiPerubatan atau ada permintaandari pesakit. Kaunseling juga diberi bagi kes kes yang difikir perlu bagi meningkatkan kefahaman dan kepatuhan (compliance) pesakitkepada rawatan ubat yang diberi oleh Pegawai Perubatan.
Sekiranya Pegawai Farmasi tidak dapat memberi kaunseling pada hari yang sama, temujanji boleh diberi kepada pesakit bagi mengadakan sesi kaunseling pada hari hari yang lain. Sekiranya ada para pesakit yang tidak berpuashati atau adapertanyaan sila hubungi Pegawai Farmasi ditalian 097909333-401.

                          "TEPAT, SELAMAT, BERKESAN"