UNIT HASIL
    HOSPITAL PASIR MAS
        KELANTAN MALAYSIA
PENGENALAN















 
 


Pengurusan akaun hasil khusus bagi bayaran Bil Hospital Pesakit Dalam telah beroperasi semenjak Hospital Pasir Mas ditubuhkan pada 1985 dibawah pengawasan Unit Pentadbiran. Diperingkat awal, perkhidmatan yang diberi lebih merupakan bantuan kepada rawatan sosial  ke arah kesejahteraan pembangunan kesihatan masyarakat. Ini bermakna kos perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan sebanyak 99% manakala pesakit hanya membayar 1% sahaja. Dari masa ke semasa peranan pengurusan akaun hasil semakin meningkat dengan bertambahnya kemasukan Pesakit Dalam disamping masalah masalah sosial yang semakin mencabar dalam arus pemodenan menjurus kearah negara maju. Akhirnya akaun hasil ini dipertanggungjawabkan dibawah Penolong Pegawai Tadbir Hasil pada Tahun 1996 untuk mengurangkan tunggakan serta pengujudan sistem hasil yang berkesan.

Objektif

Memberi sokongan kewangan kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Pasir Mas melalui pelaksanaan dasar hasil berasaskan prosidur, arahan dan pekeliling kewangan yang ditetapkankan. Tumpuan diberikan kepada pengujudan sistem kutipan hasil yang berkesan yang menjadi sumber kewangan Kerajaan.

Skop

Prosidur caj bayaran wad dan rawatan (termasuk siasatan) di Hospital Pasir Mas ini adalah tertakluk kepada Akta Fees 1957 Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 1982/1993 serta arahan dan pekeliling kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Berikut adalah perkhidmatan bayaran yang disediakan:-

  • Bayaran Deposit (Pendahuluan) - Sila lihat Jadual A.
  • Bayaran Wad Am                          - Sila lihat Jadual B.
  • Bayaran Rawatan                          - Sila lihat Jadual B
  • Bayaran Siasatan Rawatan
      • Makmal
      • Radiologi
      • Fisioterapi
      • Radioterapi & Perubatan Nuklear
      • Nefrologi
      • Kardiologi
      • Oftamologi
      • Telinga, Hidung & Kerongkong
      • Neurologi
      • Psikiatrik
      • Accouchmen & Bersalin
      • Pembedahan
Selain daripada bayaran bil Pesakit Dalam terdapat juga bayaran lain saperti:-
  • Bayaran Perubatan
  • Bayaran sewa kenderaan (Kereta Jenazah dan Ambulan).
  • Bangunan Kerajaan.
  • Asrama dan kuaters.
  • Bayaran jualan jualan yang lain