UNIT KECEMASAN
HOSPITAL PASIR MAS
KELANTAN MALAYSIA























PENGENALAN

Unit ini telah mula beroperasi pada 15.9.1985 iaitu tarikh mula Hospital Pasir Mas yang dulunya dikenali Hospital Daerah Pasir Mas dibuka.

Kandungan

Pada peringkat awal ianya berkongsi dengan Unit Pentadbiran, oleh kerana peningkatan jumlah pesakit unit ini telah diperbesarkan dan ini menyebabkan Unit Pentadbiran berpindah ke Bangunan Asrama. Unit Kecemasan ini sekali lagi mengalami pengubahsuaian untuk pembesaran pada Bulan November 1998.

SKOP

Unit Kecemasan ini berfungsi untuk memberi rawatan segera kepada mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. Disamping itu unit ini juga memberi perkhidmatan berikut:-

  • Pendaftaran Masuk Wad. 
  • Perkhidmatan Ambulan. 
  • Perkhidmatan Kereta Jenazah. 
  • Perkhidmatan Berkhatan. 
  • Perkhidmatan Bedah Siasat. 
AMALAN KERJA

Unit ini akan memberi rawatan kepada semua kes kemalangan dan kecemasan. Jika perlu, pesakit dimasukkan ke dalam wad hospital ini untuk dirawat secara pesakit dalam. Pesakit yang tenat akan dirujuk ke Hospital Kota Bharu atau Hospital Universiti Sains Kubang Krian selepas keadaan distabilkan. Pegawai Perubatan yang bertugas dikehendaki menghubungi hospital berkenaan sebelum rujukan dibuat. Semua pesakit akan didaftarkan dan kad pesakit luar yang dikeluarkan disimpan di Unit Kecemasan setelah pesakit dirawati Ujian ujian Makmal atau X-Ray dilaksanakan di unit masing masing di hospital ini Pegawai Perubatan Y/M unit ini atau Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan bertanggongjawab keatas semua kes kecemasan dan dibantu oleh Pembantu Perubatan. Kemasukan kes kes kemalangan dan kecemasan ke wad adalah dengan arahan Pegawai Perubatan yang bertugas. Kemasukan setiap pesakit dari Unit Kecemasan ke wad wad adalah ditemani oleh kakitangan dari unit ini. Perkhidmatan ambulan disediakan di unit ini untuk kes kes kecemasan.

ORGANISASI STRUKTUR

Seorang Pegawai Perubatan U2 akan mengetuai Unit Kecemasan dan akan berfungsi sebagai ketua. Pegawai Perubatan Y/M unit ini adalah bertanggongjawab seterusnya kepada Pengarah Hospital ini. Seorang Pembantu Perubatan U7 adalah pegawai sokongan membantu Pegawai Perubatan U2 di Unit Kecemasan bagi menyelaras kerja kerja harian unit ini. Seorang Pegawai Perubatan akan bertugas atas panggilan secara bergilir gilir bagi unit ini. Minima dua orang Pembantu Perubatan bertugas secara syif untuk menyampaikan perkhidmatan 24 jam. Kakitangan lain seperti Jururawat, Penolong Jururawat, Pemandu Ambulan dan Atenden Kesihatan ada di unit ini untuk menyampaikan perkhidmatan mereka.