Unit Perkhidmatan Patologi
Hospital Pasir Mas
Kelantan
Pengenalan

Perkhidmatan makmal yang sebelumnya dikenali dengan Unit Makmal Kaji Penyakit telah namanya sebagai Unit Perkhidmtan Patologi. Unit Perkhidmatan Patologi Hospital Pasir Mas adalah Perkhidmatan Patologi Taraf II. Unit ini mula beroperasi pada akhir Tahun 1985 dengan menyediakan perkhidmatan Ujian Klinikal kepada pesakit luar sahaja, walau bagaimanapun perkhidmatan ini beroperasi sepenuhnya pada Tahun 1986. 

Objektif

1. Memastikan perkhidmatan sokongan dalam rawatan pesakit khususnya dalam bidangpenentuan penyakit atau diagnosa.
2. Memberi perkhidmatan sokongan dalam rawatanpesakit khususnya dalam bidang rawatan penyaluran darah.

Wawasan

Memastikan setiap pelanggan yang berurusan akan menerima keputusan ujian dan rawatan penyaluran darah dengan cepat, 
selamat dan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Skop

Perkhidmatan Patologi disediakan untuk semua pelanggan tidak dari mana datangnya mereka yang memerlukan perkhidmatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

1. Perkhidmatan Patologi

  • Ujian Patologi Kimia
  • Ujian Immunologi
  • Ujian Mikrobiologi
  • Ujian Haematologi
  • Ujian Sitologi
2. Perkhidmatan Tabung Darah
  • Ujian Tranfusi Darah
  • Pendermaan Darah