Majlis Lembaga Pelawat
MAJLIS LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL MALAYSIA
TUJUAN
AHLI
LEMBAGA PELAWAT
HOSPITAL PASIR MAS

Pengerusi
Tuan Hj. W. Sulaiman W. Yusuf

Setausaha
En. Khairul Azhar Mohammad

Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Abdullah Abd. Rahman
Tuan Hj. Abdullah Mohd. Shariff
Puan Hjh. Wan Zainun Wan Daud
Puan Wong Boon How
En. Yeap Kway Theng
Puan Wan Zakiah Wan Jaafar
En. Wan Hussain Mansorl
En. Ghazali Yusuff
En. Tan Kong Oon

Diantara beberapa aktiviti Lembaga Pelawat 
Hospital Pasir Mas


Mengubaisuai site office 
menjadikannya Mussalla

Hadiah AlQuran
kepada Mussalla

Sejadah kepada Mussalla

Menguruskan kutipan derma untuk membina Masjid

Memasang skrin di Wad Perempuan dan Wad Bersalin

Menyediakan Laluan Reflexso

Menguruskan beberapa lawatan bersama kakitangan hospital

Menguruskan pendermaan Mesin Ultra Sound

Membina Taman Rekreasi
Hospital Pasir Mas
1. Mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli Lembaga Pelawat, dengan pihak Hospital dan dengan pesakit-pesakit serta orang awam di hospital-hospital seluruh Malaysia.

2.  Bertukar-tukar pendapat, serta fikiran bagi menangani masalah serta merancang projek/program tahunan di hospital. Sebagai penasihat kepada pengarah hospital, kerjasama yang erat perlu dijalin bagi mempertingkatkan imej hospital, agar ianya dapat mewujudkan suasana yang memberi kepuasan kepada pelanggan.

3.  Untuk menerima teguran-teguran yang bertanggungjawab serta membina dari para pesakit dan orang awam mengenai kernudahan dan perkhidmatan di hospital supaya dapat disalurkan kepada pihak berkenaan agar segala kelemahan dapat diperbaiki dengan cara-cara yang lebih berkesan.

4.  Untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan dan juga membantu pihak hospuital dalam kerja-kerja kebajikan dengan cara yang lebih teratur, berkesan dan dapat pula menanam sikap masyarakat penyayang.

5.  Untuk menjadi badan perantaraan tunggal bagi mewakili Majlis dengan mana-mana badan luar.

6.  Bagi menjaga dan meningkatkan lagi kebajikan ahli-ahli dari masa ke semasa, sebagai insentif galakan dan motivasi kepada ahli-ahli untuk memberi sumbangan sepenuh tenaga kepada Majlis di samping menjaga maruah ahli-ahli Majlis.

7.  Mewujudkan sebuah “Yayasan Majlis Lembaga Pelawat Hospital Malaysia”, di bawah Undang-Undang Syarikat Amanah Tahun 1949 yang dapat membantu menolong Lembaga Pelawat Hospital Malaysia mendapat sumber kewangan, peralatan dan kemudahan, di bawah Akta Pengecualian Cukai Pendapatan 44(6).

8.  Untuk menyelesai semua masalah dengan cara terhormat dan baik, serta dilarang dibawa atau diangkat ke mana-mana Mahkamah.

9.  Mengikuti kursus atau perjumpaan atau lawatan yang diatur oleh Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa di peringkat Negeri maupun di peringkat Kebangsaan.

10 Untuk menyelaras segala kegiatan dan mewujudkan suasana semangat kerjasama yang erat dan rapat dengan Kementerian Kesihatan, serta semua mereka berkenaan dengan cara hormat-menghormati, bertolong-tolongan, nasihat-menasihati, menjalankan apa saja yang sah dari segi Peraturan dan Perundangan Negara dengan kaedah pentadbiran yang berkesan, serta berkemaskini, bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut di atas.