UNIT PENTADBIRAN
DAN PENGURUSAN
HOSPITAL PASIR MAS












 
 
 
 
 
 
 
 
 


































PENGENALAN

Hospital Pasir Mas adalah salah satu organisasi peningkatan daerah bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya telah dibuka dan dirasmikan oleh DYMM Al Sultan Kelantan pada 31 Mei 1986.

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan pula adalah salah satu bahagian yang memberi khidmat sokongan kepada perkhidmatan perawatan pesakit. Pada permulaannya bahagian ini diketuai oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga dan dibantu oleh Ketua Kerani, Pegawai Kerani, Operator Telefon, Buruh-buruh, Pemandu-pemandu, Pekerja Am dan Jaga. Bahagian ini menyediakan Perkhidmatan Pentadbiran, Kewangan Pentadbiran, Hasil, Kejuruteraan, Operator Telefon, Dobi dan Keselamatan serta kebersihan dan kecantikan kawasan.

Masa yang berlalu telah membawa banyak perubahan kepada bahagian ini. Jawatan Penolong Pegawai Tadbir telah diwujudkan dan diisi. Bahagian Hasil kemudian ini telah diseliakan oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir berasingan dari Bahagian Pentadbiran. Pengswastaan lima perkhidmatan hospital telah menyebabkan perkhidmatan dobi, kejuruteraan dan kebersihan kawasan telah diserahkan kepada pihak swasta iaitu Syarikat Radicare (M) Sdn. Bhd. Tahun 1997 juga memperlihatkan Unit Kawalan Keselamatan telah diswastakan.
Dengan ini hanya perkhidmatan, kewangan, pentadbiran, perkhidmatan, operator telefon dan kenderaan dikendalikan oleh bahagian ini. Walau bagaimanapun bahagian ini masih menyelia kerja-kerja Syarikat Kosesi Radicare (M) Sdn. Bhd. dan Pengawal Keselamatan.

OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan sokongan dalam hal-hal pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, perhubungan, keselamatan serta kebersihan dan kecantikan yang bersih, Iicin dan berkualiti di samping menyelaras perjalanan organisasi dan aktiviti-aktiviti lain didalam menjayakan matlamat Jabatan dan Kementerian Kesihatan.

AKTIVITI
 
  • PENTADBIRAN
    • Urusan Surat Menyurat.
    • Kebersihan Pejabat.
    • Mengurus Keperluan Jabatan.
    • Mengurus Pentadbiran Stor.
    • Mengurus Sistem Fail dan Rekod-rekod Jabatan.
    • Urusan Rumah Kerajaan.
    • Mesyuarat Jabatan.
    • Kad Perakam Waktu.
    • Harta Modal dan Inventori.
  • KEWANGAN
    • Urusan Gaji.
    • Urusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
    • Urusan Cukai Pendapatan.
    • Urusan Pembayaran Tuntutan Elaun.
    • Urusan Pembayaran Jabatan (Bil-Bil).
    • Urusan Sebutharga/Tender.
    • Urusan Pembelian Jabatan.
    • Penyediaan Belanjawan.
    • Lapuran Kewangan.
    • Urusan Buku Vot Berkomputer.
    • Petty Cash. 
  • KEBERSIHAN DAN KECANTIKAN
  • Menyelaras dan Menyelia Perkhidmatan Radicare (M) Sdn. Bhd.
  • PERKHIDMATAN
    • Urusan Pengujudan dan Pengisian Jawatan.
    • Urusan Pengesahan Jawatan.
    • Urusan Kemasukan Dalam Berpencen.
    • Penanggungan Kerja.
    • Kursus.
    • Peperiksaan.
    • Kenaikan Pangkat.
    • Pencen.
    • Urusan Cuti.
    • Urusan Tatatertib.
    • Urusan Penilajan Prestasi.
    • Buku Rekod Perkhidmatan.
  • PERHUBUNGAN
    • Kenderaan Jabatan.
    • Perhubungan Telefon.
  • KESELAMATAN
    • Urusan Penyeliaan Pengawal Keselamatan.
    • Jawatankuasa Keselamatan.
    • Menyelaras dan Menyelia Perkhidmatan Radicare (M) Sdn. Bhd.
  • PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
  • Urusan penyelengaraan dan pembangunan bukan dalam perkhidmatan Radicare (M) Sdn. Bhd.
  • Menyelaras dan Menyelia Perkhidmatan Radicare (M) Sdn. Bhd.