KATA KATA ALUAN DARI
PENGARAH JABATAN KESIHATAN
NEGERI KELANTAN
MALAYSIA
Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata didalam ruangan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anggota Hospital Pasir Mas diatas kejayaan mengadakan laman werb ini.

Langkah yang diambil oleh pihak pengurusan Hospital Pasir Mas adalah amat bertepatan sekali kerana sekarang adalah zaman "Information Technology and Communication".

Penduduk Pasir Mas khasnya dan orang ramai diseluruh pelusuk dunia amnya dapat mengenali Hospital Pasir Mas dengan lebih dekat lagi. Maklumat terperinci berhubung dengan Hospital Pasir Mas dan juga maklumat mengenai masalah kesihatan boleh diperolehi melalui laman web yang disediakan. Penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam memberi maklumat juga dapat manafaat kepada lebih ramai pengguna.

Harapan saya, semoga kejayaan ini dapat memberi contoh kepada hospital hospital lain untuk mengadakan laman webnya sendiri bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berhubung hospital masing masing. Bagi mendapatkan maklumat kesihatan umum "link" atau sambungan boleh dibuat supaya orang ramai yang memerlukan maklumat dapat menghubungi laman web lain yang berkaitan.

Teruskan usaha anda.

Sekian terimakasih

            tt
Dr. Abdul Rahman bin Muda
Pengarah,
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan,
Wisma Persekutuan,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
Tel: 7483288, 7483497, 7483798. 7483001 Talian terus 7443960.