UNIT STOR INTEGRASI
HOSPITAL PASIR MAS
KELANTAN
Pengenalan


















Fungsi utama unit ini ialah untuk memastikan dan seterusnya membuat pembekalan ubat-ubatan, alat kelengkapan peralatan perubatan dan bukan perubatan sentiasa mencukupi bagi kegunaan di Hospital, Bahagian Kesihatan dan Pergigian Daerah Pasir Mas.

Skop

  1. Aktiviti Perolehan/Pembelian Ubat-ubatan dan Alat Kelengkapan. Aktiviti ini dibuat oleh Pegawai Farmasi dan dibantu oleh Pembantu Tadbir (Stor) di bahagian komputer. Perolehan dibuat melalui:-
    • Secara pemesanan berkomputer kepada Syarikat Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn. Bhd. Iaitu Pembekal Utama Kerajaan.
    • Secara Kontrak Pusat contohnya pakaian seragam, kertas cina dan absorbent gauze.

    • Secara pesanan kepada pembekal tempatan semada melalui sebutharga atau pembelian runcit. Permohonan pembelian daripada unit-unit pengguna akan diluluskan berdasarkan kepada baki peruntukan sedia ada serta kelulusan Pengarah Hospital. Hanya Pegawai Farmasi sahaja yang berkuasa untuk membuat pesanan.
  2. Aktiviti Penerimaan
    • Iaitu penerimaan perkara-perkara yang dibuat pesanan. Aktiviti ini adalah tanggungjawab ketiga-tiga Pembantu Tadbir (Stor) bertugas. Semasa penerimaan, barangan yang diterima diperiksa dan segi kuantiti, keadaan serta ketepatan catitan didalam Nota Hantaran.
  3. Aktiviti Penyimpanan dan Pembekalan.
    • Aktiviti penyimpanan dibuat oleh Pembantu Tadbir Y/M bahagian berkaitan Ubat/Bukan Ubat) dengan bantuan Atenden Kesihatan bertugas. Penyimpanan dibuat berdasarkan kepada keperluan barangan berkaitan. Contohnya ubat-ubatan biasa disimpan didalam bilik berhawa dingin, ubat vaksin disimpan di dalam peti sejuk dan alat-alat seperti jarum disimpan di dalam bilik biasa.
    • Aktiviti pembekalan dibuat berdasarkan kepada Nota Keluaran Barang-Barang yang telah diluluskan oleh Pegawai Farmasi dan dibuat mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan Stor (TPS). Contohnya FIFO (First In First Out). Unit-Unit Pengguna boleh memperolehi barangan yang diperlukan melalui pesanan yang dibuat dengan menggunakan Baucer Pemesan/Pengeluaran Barang-Barang Pemesan. Barangan kegunaan rutin boleh dibuat secara bulanan dan hendaklah dikemukakan seminggu sebelum giliran. Permohonan untuk barangan bukan kegunaan-rutin (contohnya surgical scissors) boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pembelian Peralatan yang boleh diperolehi dan unit ini. Hanya pegawai-pegawai yang diberikuasa sahaja yang boleh membuat pesanan.