Home
Science Class
Physics Class
Science Form2
Our Diary
Links

Sign Guestbook
View Guestbook

E-mail Me

phy_class.gif (2572 bytes)

Kelas Fizik 1

Kuantiti asas berbeza dengan kuantiti terbitan.
Kuantiti terbitan ialah kuantiti fizik yang diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas secara pendaraban dan pembahagian.

Momentum, P ialah Jisim x halaju.
Kalau kita tahu halaju ialah Sesaran per masa.
Bolehkah kita terbitkan unit untuk momentum menggunakan maklumat ini?

NERACA MIKRO:MEMBINA NERACA MIKRO

Calon perlu tahu melukis secara ringkas dan tepat Rajah Neraca Mikro.
Lihat buku teks anda atau buku rujukan.

Pastikan apabila anda melukis pastikan terdapat label berikut .
Skru,Logam berbentuk-U,penyedut minuman,Kayu aiskrim,skala,jalur kertas,penunjuk,gelung getah, bongkah kayu dan pin panjang.

Dalam kaedah pastikan calon mencatat 4 point penting:

  • penunjuk
  • kestabilan
  • dilaraskan
  • tanda sifar.

Pemeriksa akan melihat point-point ini untuk membenarkan anda mendapat markah penuh.
Calon boleh kembangkan nya menjadi seperti ini.

  1. Satu hujung penyedut dipotong secara menyerong supaya berfungsi sebagai penunjuk.
  2. Skru dimasukkan ke hujung penyedut yang satu lagi untuk tujuan kestabilan.
  3. Kedudukan pin panjang
  4. skru dilaraskan supaya penunjuk berada di kedudukan tertinggi skala.
  5. Kedudukan ini dilabelkan sebagai tanda sifar.

2.PENENTUKURAN

  1. Jisim untuk 100 helai graf 100 mm x 100 mm ditimbang.
  2. Kepingan-kepingan kertas segiempat yang berukuran 5 mm x 5 mm dipotong.
  3. Jisim satu kepingan kecil adalah
    m = Jisim 100 helai graf/ 100 bilangan kepingan dalam sehelai graf
  4. Satu kepingan kecil ini diletak dalam hujung serong yang berbentuk sudu dan kedudukan penunjuk ditanda.
  5. Kepingan-kepingan kecil ditambah satu persatu dan kedudukan penunjuk untuk setiap penambahan ini tandakan.

Frekuensi
Tahukah anda membezakan dua graf sesaran-masa dan tempoh-masa bagi frekuensi?

Ketidakpastian
Ketidak pastian bagi pembaris,angkup vernier dan mikrometer ialah 1mm,0.1mm dan 0.01mm

Graf Laju
Graf Halaju
Detik
Detik 1
Detik 2
Detik 3
Detik 4
Detik 5
Detik 6
Detik 7
Daya
Daya 1
Daya 2
Daya 3
Daya 4
Inersia
Momentum
Pelanggaran

Kelas Fizik T5

Gelombang

Sinar
Sinar 2
Pantulan
Reflection
Sinar 4
Sinar 5
Sinar 6
Sinar 7
Hukum Pantulan
Getaran
Getaran 1
Getaran 2
Getaran 3
Getaran 4
Getaran 5
Getaran 6
Gelombang
Gelombang 1
Gelombang 2
Gelombang 3
Gelombang 4
Gelombang 5
Gelombang 6
Gelombang 7
Gelombang 8
Gelombang 9
Gelombang 10
Gelombang 11
Gelombang 12
Gelombang 13
Gelombang 14
Gelombang 15
Gelombang 16

Pembesar suara menghasilkan gelombang bunyi.
Gelombang bunyi tidak boleh merambat dalam vakum dan merupakan gelombang membujur.
Getaran elektron menghasilkan gelombang radio.
Gelombang radio boleh merambat melalui vakum dan merupakan gelombang melintang.
Penggetar tangki riak menghasilkan gelombang air dan gelombang air ialah gelombang melintang.
Pelembapan adalah proses kehilangan tenaga satu jisim ayunan yang mana sesaran/amplitud ayunannya semakin berkurang dengan bertambahnya masa.
Pelembapan luar disebabkan oleh rintangan, iaitu perubahan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik molekul-molekul atau sebaliknya yang tidak sempurna.
Ini mengakibatkan sebahagian daripada tenaga hilang sebagai tenaga haba.

Soalan:

  • Lakarkan satu graf sesaran-masa bagi satu sistem ayunan yang mengalami pelembapan.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan resonans?

Muka gelombang air mengambil bentuk yang sama dengan bentuk pantai semasa ia menghampiri pantai.
Ini adalah disebabkan pengurangan dalam bagi air.

Apabila gelombang satah bergerak dari kawasan dalam ke kawasan cetek, perubahan arah gelombang berlaku.
Gelombang satah dibiaskan mendekati garis normal.
Jarak gelombang di kawasan cetek dikurangkan.
Halaju gelombang di kawasan cetek dikurangkan.
Frekuensi di kedua-dua kawsan dalam dan kawasan cetek adalah sama.
Pembengkokan muka gelombang kerana dalam masa yang sama bahagian gelombang di kawasan cetek meliputi jarak yang lebih pendek.

Kelas Fizik 3

  1. Daya ialah sesuatu yang boleh mengubah keadaan pegun atau gerakan sesuatu jasad.
    1. Geseran menghad bergantung kepada kekasaran atau sifat permukaan dan daya tindak balas normal.
    2. Geseran dapat dikurangkan dengan menggunakan minyak pelincir, alas bebola dan kusyen udara.
    3. F=ma
    4. W=mg

    Soalan saya ialah pada pendapat anda,adakah neraca mikro yang anda bina itu peka dan adakah pengukuran jisim rambut anda jitu?

    Mengapa? Selamat menjawab. E-mail me if you encounter any difficulties. Assalamualaikum!

    border1.gif (4032 bytes)

    | Back to top | Home |

Page updated by: Mahidah on Saturday 12 November 2005