DIARI 2002 JPJ TERENGGANU 

 
Bulan
Aktiviti/Berita
Januari 

19/1/2002 - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Inffrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri Terengganu, YB Encik Yahya Bin Ali telah mengadakan lawatan rasmi ke JPJ Terengganu. Lawatan tersebut antara lain adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan agensi-agensi Kerajaan Pusat di negeri ini. 


Perhimpunan Setia Bulanan bagi bulan Januari telah diadakan pada 20/1/2002. Tuan Pengarah mengucapkan tahniah kepada anggota penguatkuasa yang terlibat di dalam tugas Operasi Raya dan juga kepada pegawai-pegawai yang mendapat QTO.

   Tuan Pengarah juga menekankan bahawa JPJ perlu meningkatkan lagi kualiti supaya tidak ketinggalan zaman. Peranan agensi kerajaan berkemungkinan akan diambil oleh agensi lain (swasta) dari itu kita perlu pastikan bahawa JPJ akan sentiasa relevan dan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dari orang lain.

     Sebagai tambahan, Tuan Pengarah menyeru kepada sesiapa yang belum berpuasa enam supaya menyelesaikan ibadah tersebut untuk mendapat ganjaran seperti puasa setahun. 
 

Febuari 
PENTING !!!
PERJUMPAAN DENGAN PENGARAH UNTUK RAYUAN KOMPAUN
Tuan Pengarah telah menetapkan bahawa waktu perjumpaan untuk tujuan rayuan kompaun hanya akan diadakan pada Hari Ahad setiap minggu sahaja bermula jam 9.00 pagi. Selain daripada hari tersebut, perlu buat temujanji dahulu.


29/2/2002 - Satu program yang dipanggil JPJ Dan Anda telah diadakan di Bandar Cheneh Baru Kemaman . Di antara aktiviti program ini ialah Ceramah Pemanduan Berhemat, Ujian Bahagian 1 Lesen Memandu dan Pemeriksaan Kenderaan Motor untuk tujuan pembaharuan LKM (roadtax) bagi kenderaan yang LKM tamat tempoh lebih satu tahun. 
Mac 
3/3-7/3/2002 - Pameran JPJ di Bandar Cukai sempena Pekan Budaya Daerah Kemaman oleh Unit Kualiti dan Seranta.


15/3-18/3/2002 - Cuti Hari Raya Haji. 
                         -  Operasi Khas Hari Raya Haji diaddakan seminggu sebelum hingga seminggu 
 selepas Hari Raya. Ada juga pegawai yang terpaksa bekerja pada Hari Raya.


20/3-25/3/2002 - Pagemaker hadiri kursus Visual Basic di Intan Jalan Elmu.


28/3-5/4/2002 - Kursus QTO untuk pegawai JPJ Terenggannu.
April 
11/4-13/4/2002 - Ujian QTO. Agaknya tak sampai separuh yang akan lulus.


24/4/2002 - Majlis khas mengacau bubur Asyura disertai oleh sekelian umat JPJ Terengganu. Tukang kacau tu biasa lah, puak-puak penguatkuasa. 
Mei 
1/8/2002 - Tuan Pengarah JPJ Terengganu Tuan Hj Solah bertukar ke HQ JPJ Putrajaya. 
6/5/2002 - Ceramah Penguatkuasaan dan Peranan Pengguna kepada peserta Advance Motorsport  di Dewan Belia dan Sukan K. Terengganu oleh Unit Kualiti dan Seranta.
22/5/2002 - Perlawanan Badminton tertutup Penguatkuasa bermula daripada hari ini sehingga tamat. Tarikh tamat belum ditetapkan lagi kerana bergantung kepada keadaan.
24/5/2002 - Ceramah Kaedah Mengisi Borang Cukai Pendapatan oleh LHDN anjuran Unit Kualiti    dan Seranta. Penyertaan terbuka kepada semua staff JPJ Terengganu.
Jun 
Julai 
Ogos
September
Oktober
November
Disember